Siti Jamumall Tak Terkesan Gelaran ‘Pengantin Sampah’, Enggan Ambil Pusing Kecaman Netizen
Digelar ‘pengantin sampah’ oleh netizen, pasangan pempengaruh, Siti Jamumall dan suaminya, Aiman Tak Kesah mengakui perkara itu langsung tidak memberi kesan.
Tak Kisah Dikecam
Menurut pasangan tersebut, mereka saling bahagia dan melayari bahtera rumah tangga dengan harmoni meski tidak terlepas daripada kecaman ramai, lebih-lebih lagi selepas berita pernikahan mereka di Satun, Thailand pada 1 Jun lalu yang tular di media sosial.
“Bertahun-tahun Siti dan Aiman buat ‘live’ di media sosial dan tidak dinafikan sejak awal hingga kini, masih ada lagi golongan yang mengecam.
“Tapi dalam yang tak suka, masih ramai juga yang menyokong dan mengikuti kisah hidup kami. Jadi, sokongan itulah yang menjadikan kami lebih bersemangat untuk terus kuat sehinggalah sekarang,” katanya.
BERITA TRENDING: Hubungan Adik-Beradik Dikatakan Tak Baik, Uciluna Jawab Dakwaan Siti Jamumall - “Tak Semua Benda Kena Kongsi Di Media Sosial”
BERITA TRENDING: Siti Jamumall Tak Anggap Diri Influencer - “Nampak Muka Aku Je Kata Konten, Cakaplah Apa Pun…”
BERITA TRENDING: Jangan Salah Orang, Suami Siti Jamumall Tiada Kaitan Dengan Iklan Tular! Ini Asal Usul Pilihan Nama Aiman Tak Kisah
BERITA TRENDING: Aiman Tak Kisah Dilabel Perosak Perkahwinan, Anggap Best Man Win - “Masih Ada Peluang Selagi Cincin Belum Dijari”
Imbas kembali, Siti Jamumall memilih untuk berkahwin dengan lelaki pilihannya, Aiman Tak Kesah atau nama sebenarnya, Khairul Aiman Abdul Kudus, 21, di Satun, Thailand pada 1 Jun lalu.