Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Siti Nurhaliza Muat Naik Status Kumpul Pahala Percuma, Peminat Luah Perasaan Kecewa - "Terus Rasa Nak 'Unfollow' Ja"

Zulaikha Yusof 05/05/2021 | 04:20 MYT
Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza, 42, meluahkan rasa syukur berpeluang mengumpul pahala disaat dirinya dikecam gara-gara majlis tahnik anak keduanya, Muhammad Afwa, baru-baru ini.
Hantaran itu dibuat oleh Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin menerusi Instagram Stories, semalam.
"Alhamdulilah, saya patut tengah seronok ni, kumpul pahala banyak-banyak sepuluh malam terakhir ni. Kata ustaz bila berhadapan dengan dugaan ni.
"Betuilah ustaz, dapat pahala percuma berganda-ganda pulak tu. Alhamdulillah," tulis Siti.
Bagaimanapun, tindakan pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu itu telah mengguris hati segelintir peminat yang selama ini menyokong karier seni beliau.
Menerusi ciapan di laman Twitter, seorang pengguna yang menggunakan nama @taeyong08_ akui berasa kecewa selepas membaca status tersebut.
"Aduh, kecewa gila Siti Nurhaliza buat perangai macam ni. Takda maknanya kumpul pahala percuma kalau sendiri buat hal bagi orang mengata.
"Tak payah yakin sangat malaikat setuju ya. Terus rasa nak unfollow ja mak Aafiyah ni," tulis individu terbabit.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, Siti menjadi perhatian umum selepas majlis tahnik yang dianjurkannya baru-baru ini dipertikai netizen di kala negara masih lagi terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Rata-rata pengguna media sosial mempersoalkan isu kehadiran individu-individu ternama ke majlis tahnik yang diadakan oleh penyanyi terkemuka tanah air.
Antara yang dapat dilihat di majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, tiga penceramah terkenal iaitu Azhar Idrus, Don Daniyal Don Biyajid dan Iqbal Zain.
Warganet mempersoalkan kehadiran Zulkifli dan Azhar Idrus yang dikatakan merentas negeri kerana menetap di luar dari kawasan Selangor mahupun Kuala Lumpur.
Susulan itu, Siti dan suami tampil memberikan penjelasan berhubung dakwaan tersebut dan memohon maaf sekiranya majlis tersebut telah menyebabkan salah faham sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.
BACA: Majlis Tahnik Anak Didakwa Langgar SOP, Ini Penjelasan Siti Nurhaliza & Datuk Khalid
Untuk rekod, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, lapan individu termasuk penganjur majlis itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada Selasa untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan.
Twitter: @taeyong08_
#Siti Nurhaliza #Netizen #Majlis Tahnik #Pahala Percuma
;