Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Siti Nurhaliza Tegur Blogger, Tajuk Berita Dengan Fakta Salah! “Apa Saya Tekankan Adalah Etika Menulis”

Asyikin Mayudin 09/10/2022 | 00:59 MYT
Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza menegur tindakan sebuah blogger yang menulis tajuk artikel mengenai anaknya iaitu Siti Aafiyah dengan fakta yang salah.

Tampil menjelaskan perkara itu, Siti Nurhaliza menegaskan dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengatakan dirinya gembira jika Aafiyah menjadi ahli politik seperti yang ditulis.

“Etika menulis dan impak kepada orang lain. Cuba tonton (video live) saya pada 6 Oktober baru-baru ini, ada saya post di sini, dengar apa yang saya jawab apabila media bertanyakan tentang Aafiyah.

“Tajuk berita ini jauh berbeza dengan jawapan saya. Saya tidak pernah menyebut saya lebih gembira jika Aafiyah menjadi ahli politik seperti yang ditulis.

“Netizen akan menulis di ruangan komen berdasarkan tajuk tersebut, dan macam-macam akan diperkatakan,” tegas Siti Nurhaliza.

Terdahulu, penyanyi lagu Cindai itu memuat naik paparan skrin artikel yang menulis tajuk ‘Siti Nurhaliza Lebih Gembira Aafiyah Menjadi Ahli Politik’ di Instagram miliknya.

Penyanyi berusia 43 tahun itu turut berharap pihak blogger tersebut bertanggungawab di atas artikel dan tajuk yang mengundang impak negatif terhadap dirinya.

“Apa yang saya tekankan adalah mengenai etika menulis, jangan mengubah fakta dan saya pula yang terkena impak negatifnya.

“Saya sangat berharap agar blogger itu bertanggungjawab di atas artikel dan tajuk yang ditulis.

“Saya tidak pernah ada masalah dengan pihak media tetapi saya hanya mahu agar apa yang ditulis perlu dengan fakta yang betul, apatah lagi ada video yang boleh dirujuk,” katanya lagi.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.

Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

#Siti Nurhaliza #Siti #Siti Aafiyah #blogger #Siti tegur blogger
;