Hiburan
Siti Saleha Nikah Dalam Masa Terdekat?
Aktres jelita Siti Saleha mencuri perhatian ramai di media sosial baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Siti Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Mohd Baharum memuat naik momen dia menerima kejutan daripada rakan-rakannya.
Pakai Veil Pengantin
Antara momen yang dirakam adalah Siti Saleha dipakaikan veil pengantin oleh rakannya itu serta belon bewarna merah hati.
Tidak berkongsi lebih, pelakon drama Hilang itu hanya meletakkan emoji pengantin perempuan di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata peninst meluahkan rasa teruja malah ada yang mengucapkan tahniah kepada adik penyanyi Sam Bunkface itu.
Pada 2022, Siti Saleha mengakui sedang menjalin cinta dengan seorang jejaka berdarah kacukan yang dikenali sebagai Joshua Fitton selepas mereka hadir ke sebuah acara anugerah dan kini mereka sebagai tunang.
Untuk rekod, Siti Saleha pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki dikenali sebagai Ahmad Lutfi Azhar namun bercerai pada 17 Januari 2022 di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor.
Pasangan berkenaan melangsungkan pernikahan pada 28 Julai 2017 dan perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
ARTIKEL BERKAITAN: Siti Saleha Kini Tunang Joshua Fitton
ARTIKEL BERKAITAN: Berdiri Atas Satu Pentas Dengan Pelakon Korea, Netizen Terpesona Dengan Kecantikan Siti Saleha
ARTIKEL BERKAITAN: “Yang Penting Dia Belum Kahwin & Tiada Anak”- Siti Saleha Mengaku Sedang Mengenali Hati Joshua Fitton
ARTIKEL BERKAITAN: Banjir Ucapan Tahniah! Ada Apa Siti Saleha, Joshua Fitton?
Must-Watch Video