Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Situasi Akhir Zaman Mereka Yang Berniqab Lebih Menonjol” - PU Abu Izinkan Isteri Ubah Imej

Asyikin Mayudin 03/11/2022 | 09:55 MYT

Penampilan isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Abu iaitu Ain Afini yang sentiasa mengenakan purdah atau niqab menarik perhatian netizen.

Menerusi soal jawab yang dimuat naik di Instastory, netizen ingin tahu adakah PU Abu akan membenarkan isterinya untuk menanggalkan purdah satu hari nanti.

“Kalau one day wife Abu nak tanggal purdah, Abu izinkan tak?” soal netizen.

Menjawab pertanyaan tersebut, PU Abu mengakui dia sendiri akan meminta isterinya untuk membuka niqab memandangkan ramai wanita menjagakan imej itu sebagai fesyen.

Menurut PU Abu, sepatutnya pemakaian purdah atau niqab itu bertujuan untuk mengurangkan tarikan lelaki terhadap wanita.

Bagaimanapun PU Abu memberitahu bukan mudah untuk isterinya mengubah imej yang sudah menjadi kebiasaan sejak lapan ke sembilan tahun.

“Bukan Ain yang minta tapi saya sendiri yang minta. Atas alasan bila tengok situasi akhir zaman ni mereka-mereka yang berniqab ni lebih menonjol ke hadapan dan lebih banyak memperagakan diri.

“Sedangkan niqab ini tujuan dia untuk mengurangkan tarikan lelaki terhadap wanita, tetapi lain jadinya sekarang ni. Tapi perlukan masa untuk semua tu.

“Yelah kalau diikutkan lama juga Ain berniqab lebih kurang 8 ke 9 tahun. Jadi mengambil keputusan untuk buka tu bukan senang. Apa pun doakan yang baik-baik,” katanya.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#PU Abu #Abu #Wanita Berniqab #Isteri PU Abu #Isu niqab #PU Abu purdah
;