Laman Utama

Situasi Berbeza Ketika Dafi Bergelar Anak PM Malaysia - “Bila Dah Tak Ada, Semua Hilang Begitu Saja”

Asyikin Mayudin
28/03/2023
05:50 MYT
Sponsor Banner
Situasi Berbeza Ketika Dafi Bergelar Anak PM Malaysia - “Bila Dah Tak Ada, Semua Hilang Begitu Saja”
Selepas bapanya tidak lagi memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia (PM), penyanyi Dafi mendedahkan ramai kenalannya mula menjauhkan diri.
Menurut Dafi, dia berasakan situasi sangat berbeza ketika bapanya iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih menjawat jawatan tersebut.
"Masa ayah jadi PM, punya ramai hantar mesej sampaikan saya perlu luangkan masa dari pukul 5 petang sampai 9 pagi esoknya untuk membalas DM yang dihantar.
“Kalau tak dibalas nanti dikatakan sombong pula. Apatah lagi orang datang bukan cara kurang ajar, jadi saya pun layankan sahaja.
"Saya dah jangka pun perkara ini akan berlaku, bila dah tak ada (bapa sebagai PM) semua hilang begitu sahaja," katanya.
Dafi bagaimanapun berkata, dia sudah menjangkakan hal tersebut kerana menyedari ada di antara mereka kembali mendekatinya untuk tujuan tertentu.
"Ada yang hantar proposal waktu-waktu itu juga, yang dah bertahun-tahun tak dengar cerita itu.
“Saya cerita ini hanya berkongsi sahaja... tidak pula saya terasa hati atau sebaliknya sebab saya tahu orang-orang yang sentiasa ada dalam situasi susah dan senang.
"Jadi mereka yang come and go ini saya tak kisah sangat," ujarnya lagi.
Untuk rekod, Datuk Seri Ismail Sabri pernah menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9 pada Ogos 2021.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar