Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Skandal Lampau Mentua Dian Sastro Kembali Diulas Netizen Di Indonesia Gara-Gara Sekeping Gambar Ini

Gempak 15/04/2024 | 23:55 MYT

Aktres papan atas, Dian Sastrowardoyo merupakan salah seorang artis yang mengambil kesempatan untuk bercuti ke luar negara sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri.

Pelakon filem Ada Apa Dengan Cinta? itu memilih Switzerland sebagai lokasi percutiannya pada tahun ini. Dan kesempatan tersebut dimanfaatkan sepenuhnya oleh Dian dengan menghabiskan masa bermain ski.

Foto tular

Foto percutian Dian ketika berada di luar negara kemudian dikongsikan semula oleh seorang wargamaya pada minggu lalu, dengan kapsyen positif.

“Jadilah seperti Dian Sastro. Masa Raya pergi ke Switzerland main ski, bukan habiskan masa bergaduh dekat Twitter,” tulis akaun yang berkongsi gambar Dian berkenaan.
Namun, menerusi sudut pandang pengguna platform X dari Indonesia, hantaran mengenai percutian Dian itu menuai kecaman hebat.

Dosa lampau

Mereka menyebut semula ‘dosa lampau’ keluarga mentua Dian yang dikatakan menjadi sumber modal percutian mereka ke luar negara.

“Masa Raya menikmati duit hasil rasuah Pertamina oleh bapak si mertua, Ibnu Sutowo,” ujar seorang pengguna media sosial.
Seperti semua sedia maklum, Dian merupakan menantu Adiguna Sutowo. Beliau merupakan salah seorang anak kepada bekas Presiden Pengarah PT Pertamina pada era Orde Baru, Ibnu Sutowo, yang memerintah selama 20 tahun ketika itu.

Kes pembunuhan

Selepas Ibnu Sutowo, kes pembunuhan Adiguna Sutowo pada 2005 turut disebut oleh pengguna X yang lain.

“Mentua Dian Sastro kalau tak salah pernah dipenjara gara-gara bunuh pelayan,” tulis satu lagi pemilik akaun X.
Kemunculan cerita lama tentang aib keluarga mentua Dian juga membuatkan sebilangan pengguna X merasakan mereka tidak perlu hidup mewah jika akhirnya berdepan dengan masalah rumit.
“Apalah ertinya banyak duit, kalau ada mentua problematik,” tutur seorang lagi wargamaya.

Bela Dian

Namun, ada beberapa pengguna platform X yang tetap membela Dian. Menurut mereka, tidak adil jika meletakkan beban kesalahan keluarga mentuanya ke atas Dian.

“Salahkan mertuanya, bukan Dian Sastro.”
“Sorry, yang problematik kan mentua dan datuk mentuanya, kenapa Dian Sastro diserang?”
Sumber: Suara.com

ARTIKEL BERKAITAN: Baru Peluk Islam & Hanya Tahu Baca Al-Fatihah, Dian Sastrowardoyo Kenang Kisah ‘Dikacau’ Makhluk Di Bali

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Katolik, Bapa Buddha, Dian Sastro Pilih Peluk Islam: “Jawapan Yang Dicari Ada Dalam Al Quran”

#Indonesia #Salji #Jenayah #Dian Sastro #Main Ski #Dosa masa lampau
;