Hiburan

Snek Kegemaran Jennie & Jisoo, Super Ring Laku Keras Di Korea Dijual Dengan Harga…

Mya Amri
04/11/2019
15:10 MYT
Sponsor Banner
Snek Kegemaran Jennie & Jisoo, Super Ring Laku Keras Di Korea Dijual Dengan Harga…
Gara-gara anggota kumpulan K-Pop terkenal BLACKPINK Jennie dan Jisoo, snek makanan ringan rakyat Malaysia kini dijual di Korea.
Difahamkan perkara itu berlaku selepas snek, Super Ring itu menjadi snek kegemaran Jennie dan Jisoo selepas mereka berdua mencuba makanan ringan tersebut buat pertama kali ketika berada di Singapura.
Sebaik sahaja mencuba, Jennie dan Jisoo ‘jatuh cinta’ dengan kelazatan dan keenakan keropok berperisa keju itu.
Disebbakan perkara itu juga, Super Ring kini dijual di Korea dengan harga mencecah 1,200 won (RM4.50) sebungkus. Menerusi sepotong video yang viral di media sosial merakamkan Jennie dan Jisoo sedang mencari keropok itu dikedai serbaneka sebaik sahaja mereka tiba di Malaysia untuk siri konsert jelajah mereka sebelum ini. Di laman sosial, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dan bangga kerana makanan ringan yang popular di Malaysia itu kini menjadi makanan kegemaran BLACKPINK dan secara tidak langsung diperkenalkan di Korea.
Terdahulu BLACKPINK yang dianggotai oleh Jennie, Jisoo, Lisa dan Rose itu telah mengadakan konsert selama dua hari di Kuala Lumpur pada 23 dan 24 March lalu bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024