Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Sniker Dipakai Michael Jordan Pada Tahun 1984 Dijual Dengan Harga RM6.2 Juta!

Fiza Kamarudin 28/10/2021 | 14:46 MYT
Sepasang sniker milik pemain bola keranjang terkenal dunia Michael Jordan, yang dipakainya pada tahun 1984 dijual pada harga AS$1.5 juta (kira-kira RM6.2 juta), Ahad lalu.

Kasut berwarna putih jenama Nike itu dipakai Michael Jordan ketika bersama Chicago Bull.

"Kasut sniker paling berharga ditawarkan dalam lelongan ini adalah milik Michael Jordan yang dipakainya pada 1984.

“Kasut itu menjadi barangan sukan dengan nilai tertinggi yang berjaya dilelong.

"Ia berjaya dijual dalam satu jualan mewah di Las Vegas," kata syarikat lelongan Sotheby’s menerusi laman sosial dan instagram dan Twitter.

A post shared by Sotheby's (@sothebys)

Rekod harga itu mengatasi sepasang kasut Nike Air Jordans yang dijual pada harga AS$615,000 (RM2.55j) pada Ogos 2020, dalam lelongan kendalian syarikat Christie.

Sebelum itu pada April tahun yang sama, sepasang sniker Air Jordan 1 milik Michael Jordandijual pada harga AS$560,000 (RM2.34 juta).

Kasut berwarna putih, hitam dan merah itu dibuat khas untuk Jordan pada 1985 dan ditandatangani sendiri lagenda NBA itu.

#Nike #Legenda #Michael Jordan #NBA #Sniker
;