Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Solat Jumaat Pertama Di Hagia Sophia Pada 24 Julai Ini

Azwa Rahman 14/07/2020 | 10:04 MYT
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengumumkan umat Islam akan bersolat Jumaat yang pertama di Hagia Sophia pada 24 Julai ini.
Keputusan itu dilakukan selepas Mahkamah Tinggi membatalkan status muzium monumen bersejarah itu.
"Dengan kuasa Tuhan, kita akan melakukan solat Jumaat bersama-sama pada 24 Julai dan membuka Hagia Sophia untuk beribadah.
"Seperti semua masjid kita, pintu Hagia Sophia akan dibuka kepada semua penduduk tempatan dan orang luar, Muslim dan bukan Muslim.," kata Erdogan.
Sebelum ini, bangunan berkenaan membenarkan semua penganut agama untuk bermeditasi dan menikmati keindahan seni bina bangunan yang dibina sejak kurun keeenam.
Sejurus selepas pertukaran status itu, laungan azan pertama turut berkumandang di Hagia Sophia ia mendapat liputan media seluruh dunia.
Hagia Sophia dibina pada asalnya sebagai gereja Ortodoks ketika Constantinople menjadi tempat kelahiran Empayar Byzantine.
Bangunan tersebut ditukar kepada masjid pada 1453 ketika Uthmaniah menawan Istanbul.
Namun pada 1934, pemerintah sekular menukarkanya kepada muzium dan dibuka kepada orang ramai.
Sumber: BH Online
#Turki #Istanbul #Hagia Sophia
;