Hiburan

“Solat Kena Kecam, Selawat Pun Kena Kecam” - Andika Putera Tak Cepat Marah, Dah Lali Dengan Kecaman

Mya Amri
08/02/2025
03:00 MYT
Sponsor Banner
“Solat Kena Kecam, Selawat Pun Kena Kecam” - Andika Putera Tak Cepat Marah, Dah Lali Dengan Kecaman
Personaliti media sosial, Andika Putera tidak mengambil pusing dengan pelbagai kecaman yang dilemparkan kepadanya.
Malah baru-baru ini, ada netizen yang mendakwa Andika mengambil jalan singkat untuk menurunkan berat badan dengan melakukan pembedahan.
Tidak cepat melatah, Andika bagaimana pun menafikan perkara tersebut.
“Saya tak boleh nak kata apa-apa sebab dalam dunia ni hitam pun kena kecam kurus pun kena kecam. Semua benda kena kecam.
“Tapi siapa yang kata saya ini ada buat apa-apa, duduk sebelah saya dan tengok saya ini seorang yang bekerja keras macam mana.
“Pergi berbulan madu pun saya bawa tali skipping dan kasut sukan. Malah saya lakukan skipping juga ditepi pantai.
“Tak henti-henti saya lakukan, walaupun dah berkahwin saya tetap buat. Saya sangat berdisiplin untuk menurunkan berat badan,” katanya kepada Gempak.
Andika berkata demikian ketika ditemui pada majlis pertunjukan fesyen Bulan Bintang Sedekat Menyinar di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dalam pada itu, Andika juga berkata dia tidak dapat mengawal persepsi dan keinginan sesetengah netizen yang sering mencari kesalahan orang lain.
“Saya tak boleh nak kontrol mulut orang tapi satu pesanan daripada saya, pilih apa yang membahagiakan kita sebab mulut orang tak akan pernah senyap.
“Biarlah kena kecam sebab tak boleh nak kawal. Solat pun kena kecam, selawat pun kena kecam. Pilih apa yang buat kita bahagia dan kaya, insyaAllah kita berjaya dunia akhirat,” ujarnya.
Sebelum ini nama Andika hangat diperkatakan netizen selepas dia menubuhkan sebuah kumpulan yang digelar sebagai Old Money.
Malah Andika juga turut mencuri perhatian ramai apabila berkongsi video dirinya menjalani rawatan wajah.
Tindakan tersebut bagaimanapun mencetuskan pelbagai spekulasi, termasuk dakwaan dia melakukan perubahan untuk kelihatan lebih menarik.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024