Laman Utama

Song Joong Ki Sakit Hati Isteri Difitnah: “Semuanya Tidak Masuk Akal!”

Maliah Surip
24/02/2023
13:53 MYT
Sponsor Banner
Song Joong Ki Sakit Hati Isteri Difitnah: “Semuanya Tidak Masuk Akal!”
Berita bintang terkenal Korea Selatan, Song Joong Ki bercinta dan kemudian mengumumkan sudah berkahwin dengan kekasihnya, aktres Britain, Katy Louise Sanders menuai pelbagai pandangan dalam kalangan peminat di media sosial.
Tidak hanya diraikan, namun ‘misteri’ percintaan pasangan dari Korea dan Britain itu juga menimbulkan beragam kritikan dan spekulasi.
Malah Joong Ki menyifatkan ada spekulasi yang disebarkan sudah jatuh fitnah dan mengaku marah dengan apa yang telah menimpa isterinya sewaktu fasa percintaan dan bertunang.
Perasaan sakit hati itu diluahkan aktor tersebut sewaktu menjadi wajah sampul majalah GQ edisi terkini.
“Pada awalnya saya tidak memikirkan terlalu banyak tentang spekulasi atau gosip yang bertebaran.
“Untuk individu seperti kami yang pekerjaan terdedah dengan hal-hal seperti ini (gosip) sudah menjadi seperti satu perkara normal.
“Dan sekiranya ramai yang tahu mengenai hubungan kami, cinta kami tidak akan berubah. Tapi secara jujurnya apabila gosip menjadi tidak terkawal dan di luar kewarasan, saya jadi marah,” akui Joong Ki seperti dilaporkan AllKPop.
Dia kemudian meneruskan cerita dengan mengatakan dalam banyak-banyak gosip yang dikatakan, hanya nama universiti tempat isterinya menuntut sahaja yang betul.
“Saya sangat marah tapi Katy cakap kepada saya ‘tidak perlu marah dengan mereka’. Saya tidak mahu bercakap banyak, tapi saya mahu sampaikan dia seorang yang sangat baik.
“Dia membawa saya kepada pemikiran dan kehidupan yang lebih positif dan hubungan kami seimbang,” akuinya lagi.
Meski sempat berasa marah dan kecewa dengan spekulasi yang menjejaskan reputasi isterinya, Joong Ki tetap gembira. Dia gembira dengan keputusannya untuk mengahwini Katy.
“Saya sangat gembira. Sebenarnya tidak banyak yang berubah dalam kehidupan sekarang, tetapi memiliki keluarga dan anak adalah dua impian terbesar yang ingin saya miliki.
“Saya sangat teruja, ada sedikit rasa cemas tetapi dalam rasa yang baik,” dedahnya.
Pada akhir Januari lalu, bintang Vincenzo itu mengumumkan telah berkahwin dan isterinya hamil anak sulung mereka.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar