"Sopan Tapi Vass!" - Gaun Kahwin Paris Hilton Jadi Sorotan Netizen, Bertukar 3 Busana Ketika Resepsi
Selebriti terkenal Hollywood, Paris Hilton telah melangsungkan perkahwinan dengan suaminya yang merupakan ahli perniagaan, Carter Reum pada Khamis.
Majlis perkahwinannya diadakan dalam suasana serba mewah di Bel Air Estate, California milik mendiang datuknya, Barron Hilton.
Antara tetamu dan rakan selebriti 'A-list' yang menghadiri majlis tersebut adalah sahabat baiknya Kim Kardashian, Nicole Richie, Paula Abdul dan Emma Roberts.
Menerusi Instagram, Paris meluahkan rasa bahagia yang akhirnya bertemu pilihan hati.
"Sekarang akhirnya saya jumpa milik saya, tak sabar rasanya nak berkongsi hidup dengan kamu (merujuk suaminya).
"Kamulah lelaki pertama yang saya betul-betul terbuka hati dan jadi diri yang sebenar.
"11/11 akan sentiasa menjadi hari yang penting dalam hati saya," coretnya.
Ketika acara perkahwinannya, Paris memakai persalinan pengantin daripada pereka terkenal Oscar de la Renta berwarna putih dipenuhi perincian bunga-bungaan.
Terdahulu, Paris pernah bertunang tiga kali dengan jejaka berbeza namun putus di tengah jalan.