Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Sorang Nak Try Balik Bekas Isteri, Yang Sorang Mak Mentua Benci…Paling Epik, Yang Takut Bini! – Steady Ahli Bapak-Bapak Club!

Fiza Kamarudin 02/06/2021 | 10:17 MYT
Memasuki episod ketiga minggu ini masalah yang dihadapi Joe, Bob dan Nik nampaknya semakin kritikal.
Mana tidaknya Joe (Aiman Haqim) masih berusaha nak menangi hati isterinya Hana tetapi nampak macam tak ada harapan.
Macam-macam yang Joe lakukan termasuk tukar gaya hidup, imej dan penampilan!
Tapi sayangnya Hana dah mula keluar dengan dengan penyanyi popular Fir Maulana (Amir Masdi). Joe makin gelabah!

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Bob (Luqman Hafidz) pula semakin stress duduk di rumah kerana ‘bermasalah’ dengan ibu mentuanya. Apa yang Bob buat ada sahaja yang tak kena!
Sepandai-pandai tupai melompat, tembelang pecah bila Yem (Uyaina Arshad) dapat tahu Bob sudah ‘menganggur’ selama dua bulan!

Berjayakah Bob mengambil hati isteri, ibu mentua dan anaknya yang menjalankan silent treatment kerana kesalahan dilakukan?

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Nik (Steve Yap) paling epik sebab terlalu sayangkan isteri, ooops! Takut kehilangan isterinya Fisha (Maria Farida).

Masalah kedua Nik ialah apabila terpaksa berpura-pura mempunyai hubungan yang baik dengan anak-anak tirinya.

Dalam episod kali ini kerana kasihankan Bob, Nik telah melantik sahabatnya itu sebagai pembantu peribadi. Tapi...baru hari pertama Bob dah buat Fisha naik hantu! Alahai...Bob!

Drama bersiri ‘Ahli Bapak Bapak Club’ mengisahkan tentang tiga orang lelaki berlainan personaliti mempunyai masalah dan cabaran untuk menjadi seorang bapa.
Macam-macam gelagat bapak-bapak ni nak settlekan masalah masing-masing! Tak kering gusi dibuatnya!
Drama bersiri ‘Ahli Bapak Bapak Club’ bersiaran pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) serta turut boleh distrim menerusi portal Gempak, aplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Manakala kapsul istimewa dalam format temu bual yang memaparkan pelbagai perkongsian santai pengalaman, nasihat serta tips menjadi bapa yang baik dan cool menampilkan karakter utama ‘Ahli Bapak Bapak Club’ iaitu Joe (Aiman Hakim Ridza), Bob (Luqman Hafidz) dan Nik (Steve Yap) pula ditayangkan pada setiap hari Rabu, jam 10.00 malam, secara eksklusif di kesemua platform digital Gempak.
Antara topik perkongsian menarik yang akan ditampilkan ialah ‘Cara Nak jadi Cool Dad’, ‘Trend Kesukaan Anak’, ‘Waktu Terbaik Untuk Me Time Seorang Bapak’ dan banyak lagi.

#Luqman Hafidz #Aiman Hakim Ridza #Ahli Bapak-Bapak Club #Steve Yap
;