Laman Utama
Sorotan Fesyen Paling Over The Top Anugerah Stail EH! 2022
Semalam telah berlangsungnya Anugerah Stail EH! 2022 yang diadakan di Panggung Wayang Dadi, Pavilion.
Mempertaruhkan pelbagai kategori berkaitan dengan fesyen serta kecantikan, penyanyi Daiyan Trisha telah dipilih untuk memenangi kategori utama pada malam itu menerusi Anugerah Stail EH! 2022.
Selain kategori-kategori yang dipertandingkan, sorotan lensa turut tertumpu pada fesyen-fesyen yang diperagakan oleh selebriti jemputan dan juga tetamu yang diundang pada acara berkenaan.
Berikut merupakan antara fesyen-fesyen menarik sesuai dengan tema Over The Top yang telah dikongsikan oleh Instagram rasmi EH! Malaysia.
Silver madness
Pada malam semalam, ramai yang mengenakan pakaian berona silver atau perak. Seiring dengan tema, rona terang ini cukup gemilang apabila tersuluh oleh lampu denyar selain menonjolkan keterampilan si pemakai. Antara yang memilih rona silau ini termasuklah Ain Edruce, Daiyan Trisah dan Miedy Daniel.
Ritma hijau, turquoise
Sungguhpun ramai yang mengenakan pakaian mengikut tema, namun masih ada yang memilih warna-warna sejuk bagi digayakan pada Anugerah Stail EH! 2022. Lekat dengan rona hijau, Merqeen, Aisha Retno dan model Vanizha selesa dengan warna persalinan hijau dan juga turquoise.
Pink garang!
Model dan bekas pengacara HLive Nia Atasha memilih untuk berpenampilan over the top pada malam Anugerah Stail EH! 2022. Memilih dres sarat dengan rambu-ramba berona pink garang, ternyata penampilan Nia menyorot perhatian yang hadir pada majlis berkenaan.
Power couple
Tidak sah rasanya bagi majlis fesyen jika dua pasangan ini tidak menghadirkan diri! Sudah tentu penampilan Awal Ashaari dan Scha Alyahya antara yang over the top pada malam anugerah. Sementara, pereka fesyen Rizman dan isteri lebih selesa memilih elemen sarat tetapi kekal elegan dan minimal.
Terpaling over the top!
Mengenakan adibusana rekaan Fiestethic dan Syafiqah Salim, wajah Gempak TV, Daniel Cheang dan Isha Norsham yang turut bergelar pengacara pada malam anugerah turut tampil dengan busana yang terpaling over the top!