Laman Utama
“Spanar Jaya, Edisi Siasat, Mis Tres Hermanas, Survivor, Sin Chan, Seekers” - NTV7 Tutup Siaran, Netizen Terkenang Program Kegemaran
Siaran NTV7 di bawah Media Prima akan ditamatkan untuk memberi laluan kepada rangkaian pendidikan DidikTV di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bakal bersiaran bermula esok.
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dijadualkan melancarkan DidikTV pada pagi Rabu.
Medium ini diperkenalkan sebagai satu usaha berterusan dalam meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti bagi semua murid di seluruh negara.
DidikTV akan bersiaran bermula jam 7 pagi sehingga jam 12 tengah malam setiap hari dan DidikTV KPM boleh ditonton menerusi saluran 107 di MYTV, saluran 147 di Astro dan saluran NTV7 di TV Unifi.
Meninjau ke laman sosial Twitter, ramai wargamaya yang berkongsi kenangan mereka bersama saluran tersebut.
Ramai yang turut berkongsi memori manis mereka bersama ntv7 yang menjadi sebahagian penghibur sewaktu zaman remaja.
“Rancangan paling best kat NTV7: Edisi Siasat ( Wan Kamarulzaman), Istana Takeshi, Spanar Jaya, Pokemon(sabtu, 830mlm), Doraemon, Shin Chan, Masked rider (ahad,1030) dan Ultraman (ahad,11pg),” komen seorang wargamaya.
“Goodbye ntv7. I will always cherish my time watching Crayon Shin Chan and Doraemon every Saturday magrib time. And also digimon on Sunday morning,” luah seorang wargamaya.
“Tahukah anda, sebelum. IDAMAN dan ASTANA IDAMAN ditukarkan siaran ke Astro. NTV7 merupakan penyiar kepada drama ni. Dengan pelakon yang mantap. Ada Jalaludin Hassan and few more. Terima Kasih NTV7 untuk kenangan,” kata seorang wargamaya.
“BYE BYE SEEKERS. Paranormal paling best aku pernah tengok kat Malaysia,” tulis seorang wargamaya.
“Miss Tres Hermanas, Yo Soy Betty La Fea, Maria Mercedes, Juana De Virgin etc. Good bye my childhood,” kata seorang wargamaya.
“Thanks NTV7 for bringing Survivor 20 years ago,” ucap seorang wargamaya lagi.
Imbas kembali, stesen TV tersebut bermula sebagai saluran komersial swasta pada 1995 sebelum diambil alih Media Prima pada 2005 dan menyertai stesen komersial lain syarikat itu.