Hiburan
Spider-Man Kekal Di MCU, Ini Reaksi Epik Tom Holland Dan Zendaya!
Marvel Studios dan Sony Pictures telah mencapai satu persetujuan baru untuk mengekalkan filem Spider-Man.
Menerusi persetujuan itu juga, mereka bersetuju untuk menghasilkan satu lagi filem untuk Spider-Man yang akan ditayangkan pada 16 Julai 2021.
Pastinya orang yang paling gembira dengan khabar baik itu adalah dua pelakon utamanya, Tom Holland sebagai Peter Parker serta Zendaya yang membawa watak Mary Jane.
Menerusi laman sosial Instagram dan Twitter, dua pelakon itu nampaknya berkongsi keterujaan menerusi entri mereka.
Tom Holland berkongsi babak ikonik lakonan Leonardo DiCaprio dalam filem Wolf of Wall Steet. Babak ini sememangnya menerangkan situasi Spider-Man dengan sangat tepat.
Manakala Zendaya pula memuatnaik GIF Spider-Man menari di laman Twitternya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain menarik perhatian peminat seluruh dunia, perkongsian Holland itu nampaknya menarik perhatian selebriti ternama.
Ramai selebriti seperti Dwayne Johnson, Taron Egerton dan Mark Ruffalo meninggalkan komen tanda sokongan pada Instagram Holland.
Memetik laporan Hollywood Reporter, Holland dan pelakon-pelakon lain akan terus memegang watak yang sama menerusi filem seterusnya ini. Kedua-dua studio akan menjadi producer kepada filem ini dan Kevin Feige kekal sebagai producer untuk projek akan datang.
“Kami di Marvel Studios sangat teruja kerana Spider-Man akan terus berada dalam dunia Marvel Cinematic Universe dan kami akan buat sehabis baik untuk menjayakan projek ini. Sony akan terus mengembangkan dunia Spidey-verse dan kita tunggu dan lihat apa rancangan mereka untuk universe tersebut,” kata Kevin Feige kepada Hollywood Reporter.
Sumber: Hollywood Reporter