Laman Utama

Spontan! Anak Lelaki Arwah Siti Sarah Tak Nak Ada Ibu Tiri - "Nanti Perempuan Tu Minta Duit Dekat Daddy!"

Amri Hassan
01/02/2022
05:55 MYT
Sponsor Banner
Spontan! Anak Lelaki Arwah Siti Sarah Tak Nak Ada Ibu Tiri - "Nanti Perempuan Tu Minta Duit Dekat Daddy!"
Anak lelaki kepada arwah penyanyi Siti Sarah, Ariq Matin punyai pendiriannya sendiri apabila diasak soalan mengenai ibu tiri.
Dalam entri video di akaun Instagram milik Allahyarham Siti Sarah, Matin berkata dia tidak mahu mempunyai ibu tiri kerana bimbangkan daddynya, Shuib.
"Nanti perempuan tu minta duit dekat daddy!" kata Matin ringkas.
Dalam rakaman itu juga, Matin ditanya kenapa dia tak nak ibu tiri sebagai pengganti arwah ibunya.
"Sebab tak bazir duit. Nak tahu kenapa? Nanti perempuan tu minta duit.. dekat daddy! Nanti kita jadi miskin," tambahnya.
Jawapan spontan daripada Matin itu telah menarik perhatian warganet untuk meninggalkan pelbagai reaksi. Rata-ratanya terhibur dengan gelagat Matin yang jujur dalam berkata-kata.
Malah, ada segelintir netizen yang memuji dengan kepandaian Matin menjaga ayahnya dan adik beradik lain.
"Hahaha jujur Matin.
"Budak pun tahu perempuan ni macam mana. Tapi adik.. tak semua macam tu.
"Bijaknya Matin. Handsome pula tu.
"Panjang akal betul Matin ni.
"Jawapan yang jujur ye Matin," demikian coret beberapa pengguna media sosial Instagram.
Terdahulu, Shuib pernah mengakui dia sedang mengenali seseorang tetapi hanya berkawan buat masa sekarang.
Mengimbas kembali, penyanyi Siti Sarah Raisuddin meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya, Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus COVID-19.
Hasil perkahwinan bersama pada tahun 2011, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia lima bulan.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar