Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

SPR Keluarkan 10 Langkah Rujukan Mengundi, Jangan Sampai Tersilap Okay

Gempak 18/11/2022 | 15:50 MYT

Sabtu, 19 November 2022, bermula seawal 8 pagi, pusat pengundian di seluruh negara sudah dibuka untuk menerima lebih 21 juta pengundi berdaftar yang akan menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menjelang hari penuh debaran dan penentuan sebelum kerajaan baharu diumumkan,
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan panduan 10 langkah pengundian sebagai rujukan buat para pengundi.
Panduan berkenaan dalam bentuk bertulis dan infografik dikongsi dalam Facebook rasmi suruhanjaya berkenaan.
Berikut 10 langkah panduan cara pengundian yang dikeluarkan oleh SPR;
Sebaik dibenarkan masuk anggota polis yang mengawal selia pintu masuk tempat mengundi, pengundi perlu menyerahkan kad pengenalan (MyKad) atau dokumen pengenalan diri dan slip semakan sekiranya ada kepada kerani pengundian pertama dan menunjukkan kedua-dua belah tangan untuk diperiksa.
Kerani pengundian pertama kemudiannya menyerahkan dokumen berkenaan kepada kerani pengundian kedua dan pengundi perlu memastikan nombor kad pengenalan dan nama yang dipanggil kerani pengundian pertama adalah tepat.
Pengundi perlu bergerak ke hadapan kerani pengundian kedua dan mencelupkan jari telunjuk tangan kiri ke dalam botol dakwat pilihan raya apabila diminta dan kerani pengundian pertama akan menanda nama pengundi dalam buku daftar pemilih.
Pengundi kemudian diberikan kertas undi daripada kerani pengundian ketiga dan perlu bergerak ke meja Ketua Tempat Mengundi (KTM) untuk meninggalkan telefon bimbit.
Semua proses ini dijalankan dalam kehadiran ejen-ejen tempat mengundi yang bertugas.
Pengundi kemudian boleh bergerak ke petak undi dan tandakan 'X' pada hanya satu ruang kosong bersebelahan dengan nama dan simbol calon dalam kertas undi menggunakan pen untuk memilih calon diundi dan memasukkan kertas undi berkenaan ke dalam peti undi yang betul.
Pengundi kemudiannya bergerak semula ke meja KTM untuk mengambil telefon bimbit dan perlu segera meninggalkan tempat mengundi sebaik selesai.
SPR menetapkan Sabtu ini sebagai hari pengundian bagi PRU-15 dan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Bugaya.
Terdahulu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam sidang media memaklumkan panduan pengundian bagi pengundi positif Covid-19 akan dihantar menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) berserta pautan berkaitan.
Sumber: BERNAMA

#Viral #Mengundi #SPR #PRU15 #Langkah #Rujukan
;