Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Zon Lawak

SS Superstar: Ali Puteh Tersingkir Sebelum Hari Persandingan

Ahmad Shah 23/09/2016 | 20:45 MYT

Ahli kumpulan Monyet Mafia, Ali telah disingkirkan di pentas suku akhir Super Spontan Superstar (SS Superstar) yang berlangsung pada malam Jumaat.

Lebih menyedihkan, Ali yang juga pelawak dari kumpulan Puteh itu terpaksa menamatkan perjalanannya sebelum bersanding dengan isterinya Melati Fitri Abdullah, 26, hari ini (Sabtu).
Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 27, dan Melati telah diijabkabulkan pada 28 Mei lalu dan dijadualkan melangsungkan persandingan (sebelah pengantin lelaki) di Batu 10, Gombak.
Walaupun tersingkir, Ali dilihat menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka dan telah mengucapkan terima kasih kepada produksi SS Superstar menerusi sebuah entri yang dimuatnaik di akaun Instagram (IG)nya selepas program tersebut tamat.

Tamat sudah perjalanan sy flm super spontan super stars..pengalaman yg indah dan pembelajaran yg baik dlm ni...trima kasih astro vision work kerana memberi peluang pada sy bermain..tidak lupa my bro abam family.dan isteri yg xjemu2 suport sy dlm ni..kawan2 seperjuangan..penyokong2 semua..ribuan trima kasih sy ucapkan..ade rezeki tahun depan kite jumpa lagi...love u alls.. #aliputeh #mamakputeh #manamanaponputeh #puteh #superspontansuperstar #harimauhipster #monyetmafia #astrogempak #zonlawak

A photo posted by aliputeh maharajalawakmega2016 (@syedaliputeh) on

Dalam pada itu, pelawak Abam Bocey yang juga abang kepada Ali dari kumpulan Harimau Hipster turut memberikan kata-kata semangat di ruangan komen entri yang dimuatnaik Ali.

Minggu separuh akhir SS Superstar menampilkan pelakon terkenal Ida Nerina sebagai komentator jemputan bersama Afdlin Shauki.

Sementara itu tinggal empat lagi ahli Harimau Hipster iaitu Ozlyn, Fad, Abam dan Tauke akan berentap menentang Johan, Altimet, Kamal Adli serta Achey dari kumpulan Monyet Mafia di peringkat Separuh Akhir pada minggu hadapan.
SS Superstar dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Amir Raja Lawak pula bertindak sebagai ‘pengacau’ atau ‘batu api’.
Program lawak paling ‘stailo’ ini juga bersiaran secara langsung dari Dewan Percubaan Universiti Putra Malaysia (UPM) pada setiap Jumaat bermula jam 10 malam dan ditayangkan serentak menerusi Astro Warna (saluran 132) dan Mustika HD (saluran 134).
Klik pautan ini untuk ketahui perkembangan terkini mengenai Super Spontan Superstar.

#Zon Lawak #SuperSpontanSuperstars #Ali Puteh
;