Laman Utama
SSPN Belanja Duit Raya Hampir RM200,000 Untuk 500 Pemenang
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang diperkenalkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merupakan skim simpanan untuk pendidikan tinggi anak-anak.
Selain menjadi platform untuk ibu bapa menabung bagi tujuan pendidikan anak pada masa depan, SSPN adalah satu-satunya pelan simpanan istimewa yang menawarkan pelbagai insentif, termasuk pelepasan taksiran cukai dan perlindungan takaful.
Kali ini SSPN menerusi kempen Jom Beraya Jom Menyimpan SSPN 2021, ingin berkongsi rezeki duit raya hampir RM200,000 untuk 500 pemenang bermula 1 Mei hingga 31 Mei 2021.
Tetapi bagaimana cara-cara untuk sertai? Apakah syarat yang perlu dipenuhi untuk melayakkan diri?
Senang saja. Pertama, terbuka kepada pendeposit SSPN. Bagi peringkat negeri, simpanan bersih perlu bernilai RM100 bersamaan dengan satu cabutan.
Manakala peringkat nasional pula, simpanan bersih harus bernilai RM300 bersamaan dengan satu cabutan, dan juga layak untuk tiga cabutan peringkat negeri.
Pemenang peringkat nasional akan menerima RM8,000 untuk tempat pertama, kedua akan membawa pulang sebanyak RM6,000.
Tempat ketiga akan menerima RM4,000 manakala seramai 147 orang akan mendapat hadiah saguhati iaitu RM200.
Beralih pada peringkat negeri, tempat pertama dan kedua akan menerima RM5,000 serta RM3,000.
Tempat ketiga akan menerima RM500 dan saguhati pula akan mendapat RM100 untuk 22 orang.
Jom Beraya Jom Menyimpan SSPN 2021 bukan setakat bagi duit raya malah ada jute beg dan sampul raya untuk edisi istimewa raya.
Jadi, tunggu apa lagi! Buka akaun SSPN sekarang bagi merebut ganjaran Jom Beraya Jom Menyimpan SSPN 2021.
Bagi mengetahui keterangan lanjut, anda boleh layari www.lovesspn.com.
Simpan, Simpan, Simpan. Jaminan Masa Depan! Jom kita menabung!