Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Stadium Kanjuruhan Yang Korbankan 133 Nyawa Akan Dirobohkan

Maliah Surip 19/10/2022 | 12:50 MYT

Stadium Kanjuruhan yang telah menjadi pemberitaan seluruh dunia selepas membabitkan kematian 133 orang baru baru ini akan dirobohkan.

Stadium yang terletak di Malang, Jawa Timur itu akan dirobohkan atas arahan Presiden Indonesia, Joko Widodo yang telah menyampaikan impian itu kepada Presiden FIFA, Gianni Infantino lapor CNNIndonesia.
Jokowi mengatakan pemerintah akan membangun semula stadium tersebut.
“Kita akan runtuhkan Stadium Kanjuruhan di Malang dan bangunkan yang baharu mengikut standard FIFA yang sesuai,” kata Jokowi di Istana Kepresidenan Jakarta.
Ketua republik tersebut juga berkata Stadium Kanjuruhan yang baru akan menjadi contoh standard stadium yang baik. Keselamatan penonton dan pemain dalam stadium itu akan terjamin.
Sebelumnya, tragedi Kanjuruhan telah mengorbankan seramai 133 orang penonton selepas pertandingan Arema FC melawan Persebaya Surabaya pada 1 Oktober selepas pasukan tuan rumah iaitu Arema FC tewas.
Semburan gas yang dari pihak polis didakwa sebagai punca utama kematian, yang kebanyakannya kerana kekurangan oksigen dan mengalami pedih mata.

#Viral #Sukan #Bola Sepak #Tutup #Jokowi #Rusuhan #Stadium #Persebaya Surabaya #Arema FC #Stadium Kanjuruha
;