Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Star Vs Food Malaysia Rangkul Anugerah Utama Di Asian Academy Creative Awards 2022!

Amri Hassan 13/12/2022 | 08:53 MYT

Rancangan realiti masakan yang mengetengahkanbarisan selebriti terkenal dan cef selebriti, ‘Star Vs Food Malaysia’, diumumkan sebagai pemenang hadiah utama untuk kategori ‘Best Adaptation of an Existing Format’ di Asian Academy Creative Awards (AACA) 2022, pada 7 Disember lalu.

‘Star Vs Food Malaysia’ adalah penerbitan bersama antara Astro dan Discovery Networks, dan diterbitkan oleh Creative Stew.
Siri 10 episod ini telah ditayangkan di Astro pada 16 April 2021, mempersembahkan konsep rancangan masakan yang unik di mana para selebriti meneroka dan mempelajari resipi daripada cef-cef serta penyediaan makanan dengan cara yang mudah dan menarik.
Rancangan realiti masakan ini adalah berdasarkan format asal Discovery, iaitu ‘Star Vs Food’ di India.
‘Star Vs Food Malaysia’ menampilkan selebriti tempatan popular berganding bersama cef-cef selebriti terkenal: Alif Satar dan Datuk Aznil Haji Nawawi; Bront Palarae dan Dato’ Cef Ismail; Sherry Alhadad dan Cef Adu Amran; Alicia Amin dan Cef Florence Tan; Che Puan Juliana Evans dan Cef Najib Hamid; Hisyam Hamid dan Dato’ Cef Fazley Yaakob; Datin Lisa Surihani dan Cef Melba Nunis; Daiyan Trisha dan Cef Fadzly Che Omar; Thanuja Ananthan dan Cef Yogi; serta Joanne Kam dan Cef Nazri Jameson.
Asian Academy Creative Awards (AAA) ditubuhkan untuk memberi penghargaan kepada industri kreatif, sebagai kemuncak pencapaian mereka dalam penghasilan kandungan dan pengeluaran media.
Terbuka kepada seluruh rantau Asia Pasifik, AACA menghargai kecemerlangan dalam penciptaan karya seni dan teknikal merentasi pelbagai platform termasuk televisyen, digital, telefon mudah alih, penstriman dan teknologi baharu yang lain.
16 negara telah mengambil bahagian dalam AACA tahun ini yang diadakan di Singapura.

#Masakan #Juara #Asian Academy Creative Awards #Star Vs Food Malaysia
;