Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Starbucks Indonesia Akhirnya Bersuara, Nafi Beri Sokongan Kewangan Pada Israel

Izwan Isa 25/02/2024 | 08:55 MYT
Selepas beberapa bulan berdepan dengan tsunami boikot global, Starbucks Indonesia akhirnya memberikan kenyataan rasmi.
Menerusi hantaran di Instagram, Starbucks Indonesia menegaskan yang mereka tidak memiliki agenda politik, dan tidak pernah menggunakan keuntungan yang diterima untuk menyokong mana-mana kerajaan atau badan ketenteraan.

BERITA TRENDING: Tegakkan Keadilan Tak Perlu Aniaya, Jangan Boikot McDonald’s Malaysia

“Starbucks mementingkan nilai-nilai kemanusiaan, mengutuk segala bentuk kekerasan, kehilangan nyawa yang tidak bersalah, serta segala bentuk ucapan kebencian dan penggunaan senjata,” kata kenyataan berkenaan.
Dalam masa sama, Starbucks turut mengesahkan terdapat penyebaran maklumat tidak tepat mengenai syarikat itu melalui media sosial, yang telah mencetuskan tindakan keganasan dan vandalisme di beberapa cawangan mereka di pelbagai negara, khususnya di Indonesia.
Justeru, Starbucks merasakan adalah penting untuk menjelaskan isu ini kerana penyebaran maklumat salah tidak boleh dibiarkan.
“Ini melibatkan lebih 6,000 rakan kongsi (istilah untuk pekerja Starbucks), petani kopi, rakan niaga, pembekal dan penerima manfaat aktiviti impak sosial kami yang merupakan warga Indonesia,” sambung kenyataan itu.
Walaupun berakar di Amerika Serikat, Starbucks adalah sebuah perusahaan global yang memiliki cabang di 86 pasaran di seluruh dunia, termasuk lebih dari 1,900 cabang di 11 wilayah Timur Tengah dan Afrika Utara.

A post shared by Starbucks Indonesia (@starbucksindonesia)

Perusahaan ini memberi peluang pekerjaan kepada lebih daripada 19 ribu karyawan yang dikenal sebagai ‘partner’ yang mengenakan uniform apron berwarna hijau.
Ada sekitar 400 ribu partner Starbucks di seluruh dunia yang memiliki pandangan yang pelbagai tentang bermacam topik. Meskipun memiliki keragaman pandangan tersebut, Starbucks tetap konsisten sebagai sebuah organisasi yang tidak terlibat dalam politik.
"Baik Starbucks mahupun mantan pemimpin, presiden, dan CEO perusahaan, Howard Schultz, tidak memberikan sokongan kewangan kepada pemerintah Israel dan atau Angkatan Darat Israel dengan cara apa pun," tegas Starbucks.

BERITA TRENDING: Anak Najib Dedah Ayahnya Penggemar Caramel Macchiato, Faktanya Bossku Habiskan RM76,000 Di…

Starbucks ialah syarikat awam dan oleh itu mereka dikehendaki melaporkan setiap hadiah korporat setiap tahun melalui penyata proksi.
#Indonesia #Starbucks
;