Laman Utama
“Status Merah Pun Berkeliaran”- Catriona Ross Bimbang Tiada Lagi Status Kontak Kasual Di MySejahtera
Pelakon Catriona Ross akui bimbang apabila Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin atau KJ mengumumkan tiada lagi perubahan status di MySejahtera jika seseorang itu menjadi kontak kasual pesakit Covid-19.
Kata Catriona bagaimana ia boleh berlaku sedangkan dia mendakwa ada pihak tidak bertanggungjawab keluar rumah meskipun berstatus merah di aplikasi berkenaan.
“Oh wow! I can’t seem to fathom this. I mean, status warna merah pun berkeliaran pergi mall tanpa ada rasa sesal dan salah.
“Sekarang, kalau tak bertukar status, bermaharajalela la semua. Its starts with this simple change. Who knows what else after this? Mereka yang bertanggungjawab pun berapa kerat saja,”katanya.
Catriona meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya itu di akaun Instagram miliknya.
Semalam KJ memaklumkan perkara berkenaan menerusi ciapan di Twitter miliknya.
Menurut Catriona lagi meskipun begitu dia masih mengamalkan cara sama seperti sebelum ini walaupun negara sudah memasuki fasa endamik.
“Benar, kita sedang memasuki fasa endamik tetapi saya tetap akan ikut cara sama seperti sebelum ini. Memakai mask dan sentiasa berwaspada,” tegasnya.