Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Stesen Minyak 'Yuna' Di Perlis Jadi Tumpuan, Tapi Kenapa Sampai Kena Panjat Pagar?

Hanafis Haris 09/06/2019 | 09:00 MYT
Sejak dilancarkan dua bulan lalu, video muzik Forevermore nyanyian Yuna telah menjadi perbulan ramai apabila menampilkan banyak lokasi menarik di Malaysia.
Antara yang menjadi perhatian ialah sebuah stesen minyak lama di Kangar, Perlis.
Sehingga kini, stesen minyak itu telah menjadi perhatian orang ramai yang berkunjung untuk mengambil gambar.
Namun apa yang menjadi masalah apabila wujud sesetengah orang awam yang sanggup memasuki kawasan dengan cara memanjat pagar stesen berkenaan.
Masalah itu diluahkan oleh pemilik stesen minyak terbabit menerusi Twitter dan pada masa sama meminta Yuna untuk membantunya.
"Hi Yuna, saya pemilik stesen minyak dalam video muzik you. Saya perlukan pertolongan anda, jika orang ramai nak datang ambil gambar tolonglah jangan panjat pagar kami. Seorang buat pasti yang lain ikut," katanya.
Anda boleh lihat gambar terbabit di bawah:
Menyedari situasi terbabit, Yuna menasihatkan orang ramai yang ingin berkunjung ke stesen minyak berkenaan supaya menghormati pemilik terbabit.
"Tolong hormat pemilik stesen minyak dan jangan menceroboh atau panjat pagar. Peace & love!," katanya.
#Yuna #Perlis #Forevermore
;