Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Sting Aku Yahooo” - Sarat Hamil Lapan Bulan, Feeya Iskandar Mengidam Bau Sabun

Azwa Rahman 07/01/2021 | 03:30 MYT
Penyampai radio Suria FM Feeya Iskandar memaklumkan dia kini gemar menghidu bau sabun apabila sedang hamil anak ketiga.
Menerusi laman sosial Instagram, Feeya atau lebih dikenali sebagai Cik Piah berkongsi sekeping foto sedang menghidu bau sabun Dettol untuk tatapan umum.
“Paling tak banyak songeh pregnant nombor tiga ni, takde alahan takde mengidam. Yang ada ni lah, suka bau sabun. Baik sabun mandi, sabun basuh pinggan. Sting aku yahooo,” tulis Cik Piah menerusi ruangan kapsyen.

A post shared by feeyaiskandar (@feeyaiskandar)

Menerusi perkongsian itu, Cik Piah yang kini sarat hamil lapan bulan kelihatan menghidu bau sabun Dettol dari jenis ‘cool’ ketika berada di dalam kereta.
Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya yang turut sama berkongsi pengalaman mereka mengidam bau sabun sewaktu hamil.
Malah, ramai yang cuba membuat tekaan jantina anak di dalam kandungannya berdasarkan perilaku mengidam bau sabun itu.
“Bau je okay lagi sis, masa time kita dulu siap gigit-gigit sabun Dettol tu, rasa sedap sangat hihi,” komen seorang wargamaya.
“Masa mengandung anak lelaki nombor dua, saya nak sangat makan sabun serbuk. Saya curi2 makan sabun kunyah macam air batu hehehe. Lepas tu suami saya sorok sabun tu,” cerita seorang wargamaya.
“Wow, mesti baby girl ni. Macam kakak saya dulu, mengandung anak perempuan, ke hulu ke hilir bawak sabun,” kata seorang wargamaya.
“Saya suka Dettol yang biasa untuk cuci luka tu, lepas tu bersalin dapat anak perempuan,” tulis seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 5,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Sekadar info, Cik Piah mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Nurashid Wahab pada 6 Mei 2015.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Adam Malique, 3 dan Nuh Aryyan, 2.
#Mengidam #Feeya Iskandar #Selebriti hamil
;