Laman Utama
Stres Dimarahi Bos, Lelaki Ini Ubah Usia 39 Jadi 28 Tahun
Seorang lelaki dari Kyoto, Jepun mungkin menjadi satu-satunya individu yang mengaku telah mengubah sekaligus percaya bahawa usianya saat ini bukan seperti yang tercatat dalam sijil lahir.
Hanya dikenali sebagai Jackie, lelaki tersebut lahir pada 5 Januari 1984. Jika mengikut hitungan, Jackie kini sudah berusia 39 tahun.
Namun dia memutuskan untuk memilih kekal dan percaya usianya kini baru 28, bukan 39 tahun. Kenyataan tersebut membuat penonton sebuah program realiti Abema Prime yang ditayangkan pada Mei lalu terkejut.
Menurut Jackie dia memutuskan usianya kini 28 tahun selepas insiden dimarahi majikan di tempat kerja sekitar tujuh tahun lalu. Dia berasa stress kerana telah diberi ‘amanah’ dan sentiasa mempunyai jangkaan tinggi daripada majikan berdasarkan usia.
Keputusan mempercayai usianya bukan 39 tahun kerana berasa tindakan dan pemikirannya sesuai umur 28.
“Saya percaya untuk kekal muda dan relevan. Jadi saya menemui usia 28 adalah umur paling selesa dan sesuai. Inilah (28 tahun) usia yang seimbang antara matang dan bersifat keanak-anakkan,” katanya seperti dilaporkan Yahoo.
Jackie bagaimanapun mengekalkan usianya 39 tahun dalam semua dokumentasi penting tetapi ‘beraksi’ 28 tahun dalam kehidupan sebenar.