Laman Utama
Suami Amyza Aznan Kritikal, Kini Ditidurkan Di ICU
Pelakon Amyza Aznan menerusi Instagram memberitahu yang suaminya, Khairul Idzhar sedang berada dalam keadaan kritikan dan ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang, Selangor selepas mengalami masalah sesak nafas semalam.
Memetik laporan Harian Metro, Amyza mendedahkan yang dia telah menandatangi surat kebenaran untuk Khairil menjalani dialisis apabila doktor mengesahkan buah pinggang suaminya tidak lagi berfungsi.
“Semalam suami saya ke klinik selepas mengalami kesukaran untuk bernafas, kemudian doktor terus memberikan bantuan pernafasan dan menghubungi talian kecemasan Hospital Ampang.
“Ketika dia ditempatkan di zon merah, bacaan tekanan darahnya agak tinggi, namun mula turun hingga ke paras normal. Tapi kira-kira jam 7 pagi tadi, hospital menghubungi memaklumkan suami saya terpaksa ditidurkan.
“Malah suami saya juga terpaksa menjalani dialisis selepas buah pinggangnya tidak dapat berfungsi dan saya baru saja menandatangani surat kebenaran itu hari ini kerana ada kemungkinan menyebabkan jantungnya terhenti.
“Jika saya tidak bersetuju untuk pilihan itu, kemungkinan akan mengakibatkan organ lain turut gagal berfungsi,” katanya.
Dalam masa sama, Amyza turut memohon kepada orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan suaminya dan pulih seperti sediakala.
"Dalam keadaan sekarang ini saya hanya mohon orang ramai untuk mendoakan suami saya cepat sembuh. Mungkin doa anda Allah makbulkan dan beri kesembuhan kepada suami saya yang sedang bertarung nyawa sekarang ini," katanya.
Untuk rekod, Khairil Izhar pernah dimasukkan ke ICU di sebuah pusat perubatan kerana serangan jantung pada 2017.
Amyza dan Khairil mendirikan rumah tangga pada 2003 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Andre Mikhail, Adrian Adam serta Ayden Andika.
Sumber: Harian Metro