Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Suami Bakal Cacat Kekal, Ashira Reda…Bad Mohon Status OKU

Fiza Kamarudin 01/08/2021 | 07:08 MYT

Penyanyi Ashira Aziz reda apabila mengetahui suaminya Bad Indigo bakal mengalami kecacatan kekal akibat penyakit diabetis yang dihidapi.

Ashira berkata dia hanya mampu berdoa agar suaminya juga penyanyi, Bad Indigo diberikan kesembuhan dan dipermudahkan urusan rawatan kesihatan.
Ibu jari kaki Bad bakal dibuang selain terpaksa memohon status Orang Kelainan Upaya (OKU) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Dia terpaksa menjalani pembedahan itu disebabkan jangkitan gangren.
Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah berkata, kaki kirinya akan kudung sepenuhnya selepas ibu jari itu dibuang menyebabkan dia bakal cacat kekal.
"Saya tengah tunggu slot untuk 'amputate' ibu jari kaki, jadi kaki kiri saya memang akan kudung. Kemudian lagi sekurang-kurangnya enam bulan untuk rawatan 'dressing' pada bahagian dipotong itu.
"Lepas potong empat jari kaki sebelum ini, saya didatangi pekerja sosial dan bertanya sama ada mahu daftar sebagai OKU atau tidak kerana saya cacat kekal dan layak. Saya sudah mendaftar dengan JKM tapi belum dapat jawapan lagi.
"Ia juga akan dapat meringankan beban kos rawatan saya kerana tiada kerja buat masa ini. Doktor juga tolong isi borang OKU itu mengesahkan kecacatan kekal dan bantuan fizikal yang diperlukan," katanya.
Bad memaklumkan, disebabkan proses rawatan berterusan, pergerakannya semakin terbatas selepas ketiadaan jari kaki. Ia sekali gus memberi kesan kepada pendapatannya sejak lebih setahun lalu.
"Saya sudah setahun setengah tak kerja sebab tak ada tawaran dan tak boleh anjurkan acara. Selama ini, saya memang bergantung dengan pendapatan menjadi pengurus acara dan sekarang pun tiada sebarang aktivti acara dibenarkan," katanya.
Pada Mac lalu, Bad selamat menjalani pembedahan memotong jari kakinya yang luka akibat penyakit diabetes di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Ia susulan Bad memaklumkan perlu membuang ibu jari kaki kirinya selepas empat jari kaki sama dibuang sebelum ini akibat penyakit diabetis yang dihidapi.

Sumber: Harian Metro

#OKU #Ashira #Bad Indigo #Cacat Kekal #Kudung Kaki
;