Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hollywood

Suami Desak Mahu Anak, Sofia Vergara Pilih Cerai: “Saya Sudah Menuju Menopaus”

Maliah Surip 24/01/2024 | 13:50 MYT
Pelakon Sofia Vergara mengaku bercerai dengan Joe Manganiello selepas suaminya mahu mereka memiliki anak.

BERITA TRENDING: Nikita Mirzani Tuduh Dewi Persikk Suka Gugurkan Janin, Tak Mandul

Kata Vergara dia tidak bersetuju dengan permintaan suami memandangkan usianya yang sudah mencapai 51 tahun. Suaminya pula berusia 46 tahun.
“Rumah tangga kami berakhir selepas suami yang lebih muda daripada saya mahu anak.
“Saya tidak mahu menjadi ibu yang sudah berusia dan tua. Saya rasa ia tidak adil buat anak yang bakal lahir.
“Saya juga sudah menuju menopaus dan itu adalah lumrah buat wanita,” kata Vergara seperti dilaporkan Page Six.

PILIHAN PEMBACA: Timang Anak Ke-8 Pada Usia 73 Tahun, Mick Jagger Disarankan Lakukan Pembedahan…

Bintang Modern Family itu menegaskan menghormati pilihan pasangan lain yang masih memiliki anak pada usia senja namun mengaku ia bukan ‘jalan’ yang baik buat dirinya.
“Saya memiliki seorang anak lelaki pada usia 19 tahun. Dia kini sudah berusia 32 tahun.
“Pada usia sekarang saya sudah bersedia menjadi nenek, bukan ibu,” katanya mengenai keinginan memiliki cucu daripada anak hasil perkahwinan pertama dengan Joe Gonzalez.
Vergara dan Manganiello bercerai pada 2023 selepas hidup bersama selama tujuh tahun.
#Anak #Hollywood #cerai #Joe Manganiello #Menopaus #Sofia Vergara
;