Hiburan

Suami Doakan Agar Saphira Indah Dikurnia Husnul Khotimah

Kamaruddin Razal
31/01/2019
22:02 MYT
Sponsor Banner
Suami Doakan Agar Saphira Indah Dikurnia Husnul Khotimah
Suami kepada pelakon Saphira Indah, Rico Hidros Daeng mengharapkan pemergian Allahyarhamah isterinya dikurniakan husnul khotimah.
Bagi Rico, Saphira merupakan seorang isteri yang solehah dan memiliki keperibadian yang luar biasa.
“Alhamdulillah. Dia rajin solat dan tahajud. Dia juga rajin mengaji. Dia bersama-sama saya melalui proses untuk menjadi insan yang baik hari demi hari. Dia sangat luar biasa,” katanya.
Rico berkata demikian ketika ditemui di rumah mayat, kawasan Tanjung Priok, Jakarta Utara, pada Khamis.
Saphira yang merupakan pelakon Eiffel, I'm in Love dan Eiffel, I'm in Love 2, meninggal dunia dalam keadaan dirinya hamil enam bulan pada Rabu di Jakarta, Indonesia.
Saphira, 32, dilaporkan media tempatan mengalami sesak nafas selama lima hari sebelum dibawa ke hospital.
Aktres itu bertambah kritikal pada hari kelima sebelum menghembuskan nafas terakhir pada Rabu.
BACA: Pelakon 'Eiffel I'm In Love' Meninggal Dunia Ketika Sedang Hamil
Tambah Rico, Allahyarhamah isterinya itu juga seorang insan yang rendah diri dan disenangi oleh ramai orang.
“Saya tidak menyangka dia akan pergi secepat ini. Orangnya baik, alim dan mengambil berat atas kebajikan orang lain.
“Mudah-mudahan dia pergi dalam keadaan husnul khotimah," ringkasnya.
Sumber: Astro Awani / Agensi
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar