Suami Eina Azman Hadiahkan 4 Biji Telefon Bimbit - “Tak Tahu Kenapa Dia Beli Banyak Sangat”
Bukan satu atau dua, tapi empat biji telefon bimbit jenis Iphone 15 yang diterima oleh pelakon Datin Paduka Eina Azman daripada suami tercintanya iaitu Datuk Paduka Kaisaer Gurmeet Harden.
Eina menerusi video yang dikongsikan di TikTok berkata dia tidak menyangka suaminya akan membeli empat biji telefon bimbit untuknya.
“Eina fikirkan suami beli satu biji Iphone 15… rupa-rupanya suami Eina beli empat Iphone 15 masyaAllah. Eina tak tahu kenapa dia beli banyak sangat. Jadi, sekarang ini ada baki tiga lagi Iphone15.
“Eina tak tahu nak buat apa dengan Iphone 15 ni, jadi apa patut Eina buat lagi tiga ini? Kalau Eina nak bagi korang percuma, ada tak yang nak?” katanya.
Pada perkongsian yang sama, Eina berkata dia tidak pernah meminta untuk menukar telefon bimbit namun suaminya yang memaksanya untuk menggunakan yang lebih baru.
“MasyaAllah, sweetnya laki I ni siap ambil gambar lagi. I tak pernah minta nak up to date fasal handphone ini. Tapi suami I, dia ini memang suka paksa I tukar handphone.
“I ni pakai Iphone 11 ke 12 pun okay. Tapi dia ini, masyaAllah sayang… ya Allah ya Tuhanku,” katanya.
Untuk rekod, Eina mendirikan rumah tangga dengan suaminya pada 31 Ogos 2014 dan mereka dikurniakan sepasang anak kembar iaitu Arianna Aubrey dan Karl Kareef yang kini berusia tujuh tahun.