Hiburan

Suami Kongsi Momen Najwa Latif Di Hospital, Menangis Selepas Alami Keguguran – “Masih Belum Ada Rezeki”

Khairil Khusyairi
12/12/2024
10:20 MYT
Sponsor Banner
Suami Kongsi Momen Najwa Latif Di Hospital, Menangis Selepas Alami Keguguran – “Masih Belum Ada Rezeki”
Umum mengetahui penyanyi Najwa Latif mengalami keguguran bayi sulungnya baru-baru ini.
Najwa yang mencipta fenomena dengan lagu Cinta Muka Buku itu tetap bersyukur apabila diberi kesempatan merasai pengalaman hamil biarpun kandungannya baru berusia lima minggu.

Belum Rezeki Miliki Cahaya Mata

Terbaharu, suaminya yang juga penyanyi rap iaitu Akwa Ariffin berkongsi sebuah video yang memaparkan momen-momen ketika mereka melalui fasa kehilangan tersebut.
Menurut Akwa, dia menyifatkan masih belum ada rezeki buatnya dan Najwa untuk menimang cahaya mata.

“Masih belum ada rezeki tetapi tetap simpan disini untuk kenangan,” tulis Akwa.

Air Mata Najwa Tumpah

Video berdurasi pendek tersebut memaparkan momen Najwa ditahan di wad serta menerima rawatan di hospital.

Namun apa yang menyentuh hati, Najwa turut mengalirkan air mata ketika berpelukan bersama anak saudaranya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata peminat mendoakan agar Najwa dan Akwa diberika kekuatan dan dikurniakan rezeki cahaya mata tidak lama lagi.
Untuk rekod, Najwa dan Akwa mendirikan rumah tangga pada 11 November 2022 di Batu Pahat, Johor.

ARTIKEL BERKAITAN: Najwa Latif Alami Keguguran, Syukur Diberi Peluang Mengandung 5 Minggu - “Tolong Izinkan Kami Bersedih Dalam Diam”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Najwa Latif Akhirnya Jawab Dakwaan Sudah Hamil - “Doakan Yang Baik-Baik…”

ARTIKEL BERKAITAN: Najwa Latif Dedah Momen Indah Suami Lamar Kahwin Dalam Kereta - "Saya Nangis, Sebab Waktu Tu Tengah ..."

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live