Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Suami Leka Berhibur Dengan Wanita Lain, Isteri Heret Turun Pentas! Netizen; "Siap-Siap Tidur Luar Bang"

Umirah Halim 04/07/2024 | 12:55 MYT
Sepotong video memaparkan seorang wanita mengamuk di sebuah majlis selepas suaminya naik ke pentas untuk menyanyi bersama gadis lain berjaya mendapat perhatian netizen semalam.

Naik atas pentas

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok, dapat dilihat seorang lelaki berbaju batik itu memegang mikrofon untuk berduet bersama seorang penyanyi wanita muda.
Melihat tindakan yang dilakukan suaminya, isteri kepada lelaki itu bergegas naik ke pentas lalu memukul tangannya.
Malah dia turut menarik tangan suaminya untuk turun dari pentas itu.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila wanita tersebut turut memarahi pengacara majlis sehingga mengejutkan semua penonton dan penyanyi tersebut.
Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan rata-rata netizen mengaku terhibur dengan tindakan wanita itu.
“Sebagai seorang isteri, mesti ada perasaan cemburu.

“Tidak perlu menghukum, malah si isteri melindungi suami daripada dekat dengan perempuan lain di atas pentas.

“Kepada yang merasa kasihan dengan si suami, dia tidak menjaga perasaan isterinya yang memasak setiap hari. Sebelum isteri mengamuk, seharusnya suami fikirkan dahulu sebelum mengambil apa-apa tindakan,” komen beberapa netizen.

#Pentas #wanita #Suami #Tular #Gadis #Turun #Nyanyi #Lain
;