Laman Utama

Suami Lupa Basuh Pinggan, Dahlia Rizal Merajuk Tidur Luar!

Amri Hassan
17/10/2023
23:50 MYT
Sponsor Banner
Suami Lupa Basuh Pinggan, Dahlia Rizal Merajuk Tidur Luar!
Baru sebulan mendirikan rumah tangga, pasangan pempengaruh Dahlia Rizal dan Imran Aqil ada cerita masam-masam manis mereka.
Kongsi Dahlia, dia pernah tidur luar bilik kerana merajuk dengan suaminya yang tidak mengemas dan membasuh pinggan selepas makan.
"Kesalahan yang dilakukan Imran kecil saja iaitu dia tidak mengemas dan membasuh pinggan selepas saya menyediakan ayam masak kicap kegemarannya.
"Jadi saya pun ambil keputusan tidur luar bilik dan baring di atas sofa ruang tamu. Saya ingatkan dia tidak akan pujuk, tapi dia datang dan dukung saya.
"Saya saja gaduh-gaduh manja dengannya sebab saya nak ajar dia supaya tidak mengulangi perkara itu pada masa akan datang.
"Saya tak nak dia terbiasa dengan keadaan itu, tapi dia beritahu bukan tidak mahu mengemas sebaliknya terlupa," katanya kepada Gempak.
Dalam perkembangan lain, Dahlia baru dilantik sebagai duta kepada produk Wawa Tinted Sunscreen, Wawa Cosmetics.
Untuk rekod, Imran bernikah dengan Dahlia yang berusia 22 tahun pada 9 September lalu selepas setahun mengikat pertunangan.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar