Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Suami Miera Leyana Cerai Isteri Pertama Talak Satu!

Syafiqah Jalal 03/08/2023 | 03:38 MYT
Suami pelakon Miera Leyana, Rosland Othman sah melafazkan cerai talak satu kepada isteri pertamanya, Adibah Abdul Mutalib , 50, tepat jam 10.50 pagi tadi.
Rosland melafazkan talak itu dihadapan hakim mahkamah rendah syariah, Siti Noraini Mohd Ali Mahkamah Rendah Syariah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Rosland berkata kepada hakim, dia membuat keputusan untuk melafazkan cerai berkenaan selepas tiada lagi persefahaman dan tiada perasaan sayang serta tawar hati susulan Adibah membuat kenyataan di media sehingga menjejaskan kerjayanya
Adibah yang ditemui selepas talak itu dilafazkan tidak mahu memberi sebarang kenyataan kerana masih terkejut dengan situasi berkenaan.
Sementara itu, Rosland yang ditemani ibu mentuanya, Aisyah Abdullah, bergegas keluar dari dewan perbicaraan tanpa memberikan sebarang kenyataan.
Dalam pada itu peguam yang mewakli Adibah, Mohd Junid kes tuntutan hadanah yang melibatkan anak mereka tetap diteruskan.
"Kita tetap lawan dan mempertahankan hak lain," katanya yang memberitahu tarikh perbicaraan untuk sebutan hadanah pada 4 September depan.
Namun ibu Miera Liyana memaklumkan bakal mengadakan sidang media khas dalam terdekat.
"Kami akan membuat sidang media, harap boleh bekerjasama," katanya ringkas dan berlalu pergi.
Rosland sebelum ini memfailkan cerai pada 7 April lalu.
Adibah dan Rosland mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.
Sementara itu Rosland bernikah dengan Miera pada 25 Julai 2020 dan mereka memiliki seorang cahaya mata perempuan yang lahir pada Mei 2021.
#cerai #Mahkamah #Miera Leyana #Rosland Othman #Talak #Adibah Abdul Mutalib
;