Laman Utama

Suami Sanggup Berhabis RM2000 Untuk Beli Make Up Fatin Afeefa - “Kikislah Sebelum Orang Lain…”

Asyikin Mayudin
11/01/2023
03:55 MYT
Sponsor Banner
Suami Sanggup Berhabis RM2000 Untuk Beli Make Up Fatin Afeefa - “Kikislah Sebelum Orang Lain…”
Selepas mendirikan rumah tangga dengan usahawan jutawan bernama Aliff Awang, pelakon Fatin Afeefa kelihatan sangat bahagia disamping suami tercinta.
Lebih bahagia apabila suaminya sanggup berbelanja lebih RM2,000 untuk barang-barang solekan buat Fatin.
Menerusi perkongsian video di TikTok, Fatin berpesan kepada semua isteri di luar sana untuk ‘mengikis’ duit suaminya sendiri sebelum orang lain berbuat demikian.
“Kalau bukan korang yang kikis semua ini, siapa lagi yang akan kikis. Jadi, para-para isteri di luar sana… kikislah suami anda sebelum orang lain kikis,” kata Fatin.
Rata-rata netizen menganggap Fatin seorang yang sangat bertuah memiliki suami yang tidak kedekut dengan isteri.
Malah, netizen terutama wanita turut bersetuju dengan kenyataan pelakon yang pernah popular menerusi filem Tentang Bulan itu.
“Bak kata laki I, bini nak apa beli, bagi saja… bini seorang kan. Tak miskin la perabis duit kat bini. Lagi murah rezeki ada la. Sebab itu I kikis juga.
“Betullah, I memang kikis duit laki. Bulan ini dapat bonus dah send gambar sesiapa nak beli apa.
“Betul Fa, member pun ada cakap sebelum orang lagi perabis, baik kita bini yang perabis duit laki,” komen beberapa netizen.
Untuk info, Fatin selamat bernikah dengan jejaka pilihan yang dikenali sebagai Aliff Awang pada 30 Disember lalu di Putra Glass Hall, Subang Jaya.
Fatin sebelum ini pernah berkahwin dengan aktor Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun bercerai pada 30 Mei 2017.
Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia dan Fatin juga mempunyai seorang lagi anak lelaki bernama Adam Aisy Arrian, 10.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar