Viral

"Suami Sebut Nama Saya Sekali Lafaz Sahaja" - Nijajujijaniba

Gempak
08/02/2025
12:16 MYT
Sponsor Banner
"Suami Sebut Nama Saya Sekali Lafaz Sahaja" - Nijajujijaniba
"Suami dan jurunikah hanya sebut nama saya sekali saja," kata Nijajujijaniba Mohd Jin, 45, selepas namanya dikatakan panjang dan sukar disebut.
Menurut Nijajujijaniba atau lebih mesra dengan panggilan Jiji, ramai yang menganggap namanya pelik dan banyak suku kata.
Kata Jiji, suaminya, Rosli Yusof, 54, akad nikah hanya sekali lafaz ketika mereka berkahwin lebih 20 tahun lalu, manakala jurunikah juga tidak tersasul menyebut namanya.
Jiji juga tidak pernah terfikir nama yang diberikan oleh bapanya, Allahyarham Mohd Jin Hassan itu boleh disamakan dengan nama orang Thailand.
"Saya pernah bertanya arwah bapa mengenai nama yang diberi ini tetapi jawapannya ialah hanya berkenan dengan nama itu dan sesuai dengan diri saya," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Jelasnya lagi, ada ketikanya petugas di beberapa agensi sukar menyebut namanya terutama ketika mendapat rawatan di hospital atau berurusan di pejabat tertentu.
Ibu kepada empat anak berusia lapan hingga 21 tahun itu mengakui pernah diejek ketika di sekolah rendah dan dipanggil 'saji' oleh rakan-rakan.
"Saya pada mulanya memang sedih dengan ejekan itu tetapi lama-kelamaan sudah biasa dan menganggapnya sebagai gurauan," katanya.
Akibat selalu diejek dia pernah meminta untuk menukar nama ketika berusia 12 tahun namun bapanya enggan memberi kerjasama.
"Ketika memasuki sekolah menengah, saya pada mulanya malu dengan nama sendiri tetapi selepas itu boleh menerimanya.
"Alhamdulillah, kini ramai yang kata nama saya unik dan saya juga tidak lagi malu berdepan dengan orang ramai," katanya.
Sumber: Sinar Harian
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024