Laman Utama

“Suami Suka Puji Awak, Saya Cemburu”- Pernah Burukkan Mawar, Wanita Tampil Minta Maaf

Syafiqah Jalal
19/08/2021
06:15 MYT
Sponsor Banner
“Suami Suka Puji Awak, Saya Cemburu”- Pernah Burukkan Mawar, Wanita Tampil Minta Maaf
Pelakon Mawar Rashid didatangi seorang wanita yang mengaku kesalahannya iaitu pernah memburukkan dirinya kerana cemburu apabila suaminya kerap memuji pelakon itu.
Wanita yang tidak dikenali itu menghantar mesej peribadi (DM) kenapa Mawar hanya untuk meminta maaf atas kesalahannya.
“Saya nak mohon maaf atas kelakuan saya pada Mawar. Saya pernah kata bukan-bukan pada Mawar sebab suami saya suka puji awak. Jadi saya cemburu. Saya pun cakap bukan-bukan tentang Mawar.
“Maafkan kelakuan saya Mawar sebab pernah buat dosa pada awak. Saat itu saya sangat bodoh sampai sanggup kata bukan-bukan pada Mawar. Saya hanya mampu doa segala urusan Mawar dipermudahkan dunia dan akhirat. Saya bodoh, saya lupa Allah,” tulis wanita berkenaan.
Isteri kepada Raf Yaakob itu berkongsi paparan skrin mesej tersebut di akaun Instagram miliknya.
Tambah wanita itu lagi, dia sejujurnya berasa kagum dengan Mawar kerana pelakon itu sudah berhijab dan pandai mengaji, sedangkan dirinya tidak begitu.
“Mawar dah berhijab dan pandai mengaji. Sedangkan saya tak berhijab lagi dan mengaji pun tak pandai. Solat jauh sekali.
“Saya malu pada Allah tapikenapa saya berat nak lakukan perkara yang disuruh. Semoga di syurga tertulis nama Mawar dan suami serta keluarga. Maafkan saya Mawar,” katanya lagi.
Mawar tidak berdiam diri, malah membalas kiriman mesej berkenaan.
Kata Mawar dia sedia memaafkan wanita itu selain turut mendoakannya dapat berubah ke arah yang lebih baik.
“Hai sayang. Tak apa, Mawar maafkan. Tak kenal maka tak cinta kan. Bagus, niat dah ada. Teruskan saja, manalah tahu awak lebih bagus daripada saya kan. Insya-Allah semoga kita kekal istiqamah, amin,” jawabnya.
Dalam pada itu, Mawar akui sebelum ini banyak menerima kiriman mesej sebegitu dan bersyukur kerana Tuhan menjentik mereka untuk menerima hidayah dan berani memohon maaf.
“Bagi saya, sedar salah silap kita adalah satu perkara yang sangat berharga. Saya maafkan semua yang pernah buat silap dengan saya okey. Semua manusia tak sempurna.
“Saya faham kalian dan tahu semua orang baik-baik. Tapi iyalah, kita semua kan tak sempurna. Paling penting, kita semua sentiasa nak jadi orang baik-baik. Insya-Allah, kita banyak doa untuk satu sama lain juga okey,” katanya lagi.
Untuk rekod Mawar dan Raf telah mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017.
Pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya matai aitu Raden Muhammad Rafael, 2, dan Raden Seri Rosabella Cinta yang baru berusia 8 bulan.
Mawar turut mempunyai dua orang anak tiri, Rayyan, 8 dan Raysaa, 4, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar