Hiburan

Suami Suka Tatap Wajah Alyah Bila Bangun Pagi... "Katanya Bidadari Itu Benar-Benar Wujud"

Amri Hassan
28/09/2020
04:50 MYT
Sponsor Banner
Suami Suka Tatap Wajah Alyah Bila Bangun Pagi... "Katanya Bidadari Itu Benar-Benar Wujud"
Suami kepada penyanyi Datin Alyah, Datuk Ramli M.S terpesona setiap kali menatap wajahnya pada waktu pagi.
Kongsi Alyah, wajahnya kini sudah tidak lagi kelihatan kering dan kusam biarpun aktif di siang hari serta tidur dalam bilik berhawa dingin pada sebelah malamnya.
"Sepanjang beberapa bulan sejak akhir-akhir ini saya gemar berjalan-jalan. Langkawilah, Port Dicksonlah, macam-macam tempat saya pergi.
"Jadi memandangkan wajah saya sedia ada jeragat, kulit saya senang nampak gelap.
"Masuk rumah pula berhawa dingin. Jadi saya pun mencuba produk pembersih muka dan pencerah wajah Zafesha yang digabungkan pula dengan serumnya.
"Dua produk ini merupakan kombinasi tepat dan memang saya rasa perubahan pada wajah saya terutamanya apabila bangun pagi.
"Kulit wajah saya tidak lagi kering dan nampak lembap. Suami pun puji katanya bidadari itu benar-benar wujud," cerita Alyah tertawa kecil.
Alyah ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta produk Zafesha Simply Foundation di Dorsett Putrajaya baru-baru ini.
Kata Alyah, sebelum bersetuju untuk mengikat kontrak bersama Zafesha selama setahun, dia sendiri mencuba produk berkenaan selama dua bulan.
"Sebagai peniaga dan selebriti saya tak nak tipu pengguna, tak mahulah kejar bisnes tapi kelentong ramai orang.
"Saya pula pengguna produk-produk organis, itulah faktor utama saya jatuh hati dengan produk ini.
"Selain itu, saya selesa berurusan dengan pengasas produk ini yang banyak bertolak ansur dan profesional," tambahnya.
Sementara itu, kata pengasas Zafesha, Afizam Abdul Aziz dan Siti Aisah Muhamad Hamim, pemilihan Alyah dirasakan tepat dan bersesuaian dengan target usia penggunanya.
"Produk ini bersesuaian bagi wanita yang mahu bersiap dengan cepat dan mudah digunakan serta ia juga selesa.
"Alyah sangat dekat dengan produk ini dan beliau sendiri berbesar hati untuk membantu kami mempromosikan lebih meluas," katanya.
Zafesha Simply Foundation diformulakan khas untuk solekan biasa dan digunakan secara harian oleh wanita berusia 35 tahun ke atas.
Ia juga merupakan bedak yang membantu mengurangkan jeragat dengan penggunaan kerap dan mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (kKM) serta pengiktirafan sijil halal Jakim.
Sebanyak 30 papan iklan akan dipasang di sekitar Lembah Klang dan beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar