Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Suami Tetak Isteri Lambat Buat Air Teh!

Gempak 21/12/2023 | 12:22 MYT
Hanya kerana lambat menyiapkan teh, seorang wanita di Ghaziabad, India ditetak oleh suaminya yang berang ketika dia sedang menyediakan sarapan di dapur, lapor laman berita News 24 hari ini.
Dharamveer, 52, dikatakan meminta mangsa, Sundari, menyiapkan secawan teh untuknya sejurus dia bangun daripada tidur.
“Pagi semalam, apabila Dharamveer bangun daripada tidur, dia meminta secawan teh daripada Sundari yang ketika itu sedang menyiapkan minuman di dapur,” kata polis.
Selepas lima minit berlalu, suspek pergi kepada mangsa lalu sekali lagi meminta air teh daripadanya sebelum dia diarah menunggu selama 10 minit.
Berang dengan keadaan itu, suspek mengambil sebilah pedang lalu menetak leher isterinya dari belakang.
Tiga anaknya yang ketika itu tidur di bilik lain terkejut melihat ibu mereka menjerit dan terbaring dalam keadaan berlumuran darah.
Suspek telah ditahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan India yang membawa hukuman mati atas kesalahan membunuh.
Menurut laporan, Dharamveer sememangnya ketagih air teh dan pernah minum lebih enam cawan minuman itu sehari. – AGENSI
#Viral #Suami #Isteri #India #Teh #Tetak
;