Hiburan
Suami Ummi Nazeera Anggap Andai Tiada Dia Drama Terbaik 2024 - “ATD Cuba Gunakan Istilah & Situasi Perubatan Yang Tepat, Bukan Tangkap Muat”
Suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr Izzar Anwari menganggap Andai Tiada Dia (ATD) sebagai drama terbaik bagi tahun 2024.
Banyak ketengahkan topik kesihatan
Menurut Dr Izzar, Andai Tiada Dia berjaya mengupas isu yang baik tentang topik kesihatan selain cuba menggunakan istilah serta situasi perubatan yang tepat.
“Banyak isu yang telah dikupas. Saya perasan ramai juga yang berkongsi pengalaman untuk topik kesihatan yang dibincangkan.
“Terima kasih korang kerana memberi ilham dan pengajaran kepada pembaca yang lain. Barulah kita sama-sama belajar. Saya doakan yang baik-baik untuk semua.
“Tahniah kepada drama terbaik 2024, Andai Tiada Dia. Barisan pelakon yang mantap telah dikemudi oleh pengarah dengan cukup baik.
“Semua watak (utama dan pembantu) memang function dan memberi impak kepada penceritaan.
Budaya dan makanan-makanan tempatan juga telah ditonjolkan.
“Cendol Falah, Satay Suri, Kelapa Tua Haikal, Penyapu Intan akan terus dikenang. Barulah kita boleh buat promosi makanan-makanan tempatan.
“Tema kekeluargaan juga diangkat dan ditonjolkan dengan mantap oleh watak Hj Idris, Hjh Halilah, Cikgu Misrah dan Ustaz Yusuf.
“ATD juga dilihat cuba menggunakan istilah dan situasi perubatan yang tepat dan bukannya sekadar tangkap muat.
“Menunjukkan betapa mereka menghormati intelek penonton-penonton sekarang,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.
Menggunakan info perubatan yang betul
Dalam pada itu, Dr Izzar juga berterima kasih kepada drama tersebut kerana mendidik masyarakat dengan info perubatan yang betul.
“Itulah saya ambil peluang untuk masuk dan memberi penerangan umum mengenai isu perubatan berkaitan.
“Sebab ini peluang untuk kita mendidik masyarakat kita dengan info perubatan yang betul. All the best semua.
“Teruskan menonton drama-drama yang ada Ummi Nazeera. Maaf di atas segala kekurangan. Dengan ini, saya meletak jawatan sebagai pengulas tak bertauliah. Bye,” tulisnya.
Andai Tiada Dia dibintangi oleh Hisyam Hamid, Ummi Nazeera, Mimi Lana dan juga Zahiril Adzim sebagai teraju utama.
Namun dipertengahan cerita, Mimi Lana yang memegang watak Intan digantikan dengan pelakon, Alicia Amin.
ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Terhibur Bila Suami Ummi Nazeera Cadang Wujudkan Drama Tiba-Tiba Ada Dia - "Kali Ni Tenang Je, Tengok Tak Stress"
ARTIKEL BERKAITAN:Kehadiran 'Fatah' Undang Tawa, Peminat Teka Bakal Ada Musim Kedua Andai Tiada Dia?
ARTIKEL BERKAITAN:“Habis Stok Tisu Di Rumah” - Ramai Menangis Tengok Andai Tiada Dia, Suami Ummi Nazeera Siap Share Tips Hilangkan Bengkak Mata
ARTIKEL BERKAITAN:"Sampai Tahap Saya Rasa Takut Dengan Diri Sendiri" - Watak Suri 'Andai Tiada Dia' Cabar Mental Ummi Nazeera!
ARTIKEL BERKAITAN:Berehat Dari ‘Basketball’, Dr Izzar Nak Fokus Jadi Tukang Ulas Drama ‘Andai Tiada Dia’ - “Tak Payah Marah Suami Yang Tak Bersalah Sebab…”
Episod akhir Andai Tiada Dia menyaksikan watak Falah yang dilakonkan oleh pelakon, Zahiril Adzim disahkan telah meninggal dunia akibat mati otak.
Meski pun kematian Falah namun rata-rata penonton merasakan drama itu bakal ada musim kedua kerana muncul satu watak baharu iaitu 'Fatah' yang juga dilakonkan oleh Zahiril Adzim.