Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Suami Ummi Nazeera Buat Konten Drama Andai Tiada Dia, Netizen Terhibur! Siap Samakan Dengan Mr.Bean - “Tak Bersuara Tapi Buat Orang Gelak…”

Umirah Halim 26/12/2024 | 09:55 MYT
Sejak menjadi salah seorang penyokong kuat drama Andai Tiada Dia, hantaran suami kepada pelakon Ummi Nazeera iaitu Dr Mohd Izzar Anwari sering mendapat perhatian netizen.

Buat konten Andai Tiada Dia

Terbaharu, Dr Izzar berkongsi video memaparkan seorang individu memakai jersey dengan nama ‘Fatah’ sedang bermain bola keranjang.

Difahamkan, video tersebut merujuk kepada episod terakhir drama Andai Tiada Dia di mana watak Falah bertukar menjadi Fatah.

undefined “Tiada apa yang kebetulan. Ini semua Takdir. Fatah dari Temu/ Shopee. Terkejut saya dibuatnya #Andaitiadadia,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Lebih menarik perhatian lagi apabila mimik muka yang dilakukan Dr Izzar berjaya membuat netizen terhibur.

“Aku sorang jeke rasa die ni Mr. Bean Malaysia? Tak bersuara tapi boleh buat orang gelak.

“Selain kepakaran dalam bidang doktor, doc juga pakar dalam bidang melawak.

“Suka sangat, semuanya dia support Ummi,” komen beberapa netizen.

BERITA BERKAITAN: Suami Ummi Nazeera Anggap Andai Tiada Dia Drama Terbaik 2024 - “ATD Cuba Gunakan Istilah & Situasi Perubatan Yang Tepat, Bukan Tangkap Muat”

BERITA BERKAITAN: Netizen Terhibur Bila Suami Ummi Nazeera Cadang Wujudkan Drama Tiba-Tiba Ada Dia - "Kali Ni Tenang Je, Tengok Tak Stress"

BERITA BERKAITAN: “Habis Stok Tisu Di Rumah” - Ramai Menangis Tengok Andai Tiada Dia, Suami Ummi Nazeera Siap Share Tips Hilangkan Bengkak Mata

BERITA BERKAITAN: Intan ‘Andai Tiada Dia’ Ada Fibroid, Ini Perkongsian Dr. Izzar Mengenai Ketumbuhan Dikenali Sebagai ‘Leiomyoma’

Untuk info, drama adaptasi daripada novel 'Andai Tiada Dia' karya Rissa Ahdiya ini memaparkan kehidupan pasangan suami isteri yang sedang bergelut dengan dilema dan cabaran dalam usaha untuk mendapatkan anak.

Drama terbitan Global Station ini diarahkan oleh Riza Baharudin dan dibintangi oleh pelakon hebat seperti Ummi Nazeera, Hisyam Hamid, Mimi Lana dan Zahiril Adzim.
Saksikan Andai Tiada Dia setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot MegaDrama saluran Astro Ria (saluran 104).
Anda juga boleh tonton menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, Astro GO, dan sooka.
Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*. Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.my bagi info lanjut untuk melanggan

Sinopsis Andai Tiada Dia

'Andai Tiada Dia' mengisahkan pasangan Suri, (Ummi Nazeera) dan Haikal, (Hisyam Hamid) yang sudah 7 tahun mendirikan rumah tangga namun masih belum dikurniakan zuriat. Tertekan dengan situasi sekeliling, Suri meminta izin kepada Haikal untuk melakukan IVF namun tidak diambil endah oleh Haikal kerana sudah selesa dan bahagia hidup tanpa memiliki anak.

Kematian Hisyam, adik kepada Haikal, meninggalkan seorang bayi malang berusia 4 bulan dan menggerakkan hati Suri untuk mengambilnya sebagai anak angkat.

Kehadiran Intan (Mimi Lana), adik kepada Suri dalam rumah tangga mereka mengeruhkan lagi keadaan apabila Haikal dan Intan mula menjalinkan hubungan sulit semasa Suri sibuk menjaga anak angkat mereka.

#Ummi Nazeera #Netizen #Mr Bean #Suami #tiada #dia #andai
;