Laman Utama
Suara Bak Supernova! 3 Jam, 24 Lagu, Tertanggal Kasut Antara Momen Magik Konsert Dimash Qudaibergen Di KL!
6,000 penonton bukan satu angka kecil untuk membuktikan keunggulan bintang bersuara emas Dimash Qudaibergen ketika tampil di Axiata Arena untuk konsert sulungnya baru-baru ini.
Dimash, 29, aset milik negara Kazakhstan memukau peminatnya dengan rangkaian lagu popular dengan cemerlang. Suara yang tak terbandingkan dengan mana-mana penyanyi di dunia.
Ada yang menggelarkan Dimash pemilik 'angelic voice', tidak kurang juga yang memuji suaranya 'umpama turun dari langit'!
Jom Gempak kongsikan antara momen-momen menarik sepanjang konsert Dimash Qudaibergen Live In Malaysia di Axiata Arena baru-baru ini:
1. Dimash cuba menyapa peminat di Malaysia dengan ucapan bahasa Melayu
"Selamat malam kawan-kawan dan tetamu sekalian. Saya sangat gembira dapat berjumpa dengan anda semua di konsert pertama saya di Malaysia pada malam ini," ucapnya bersungguh-sungguh.
undefined
2. Peminat tak henti bersorak sepanjang konsert, menariknya ada yang mampu bersama-sama menyanyi dengan empunya nama Dinmuhammed Qanatuly Qudaibergen itu. Powerlah!
3. Ada juga peminat yang menangis ketika Dimash menyanyi di pentas. Barangkali lagu yang dilantunkan itu menusuk ke jantung atau mengingatkan tentang kenangan yang perit. Sabar okey.
4. Setiap kali selang masa rehat akan ada peminat yang datang mendekati pentas untuk menghulurkan jambangan bunga kepada Dimash. Penuh bilik tu rasanya...
5. Dimash membawa pemuzik khas dari Kazakhstan untuk mengiringinya sepanjang konsert.
6. Sempat menyarung beberapa persalinan sepanjang konsert, antara yang memukau pandangan peminat adalah sut lateks berwarna hitam. Nampak gah!
7. Energy Dimash tak terbandingkan dengan mana-mana penyanyi lain, dengan notasi tinggi (yang difahamkan mencapai oktave 8), penyanyi itu lincah di pentas, melompat, menari sampai ke akhir konsert.
Paling tak boleh lupa apabila Dimash menanggalkan kedua-dua kasutnya tinggal berstokin putih sambil meneruskan nyanyiannya. Comel!
8. Axiata Arena gamat sebaik sahaja penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza muncul di pentas utama untuk membuat persembahan.
9. Siti tampil dengan dua lagu popularnya iaitu Bukan Cinta Biasa dan Nirmala.
"Kalau bukan menyanyi hari ini, saya memang sudah membeli tiket untuk duduk di bawah bersama-sama kalian menyaksikan persembahan Dimash hari ini," kata Siti.
10. Antara lagu yang dinyanyikan Dimash ialah Golden, Zhalyn, If I Never, Olimpico, Battle Of Memory, Ave Maria, S.O.S, Mahhabat Ber Magan, El Amore En Ti dan banyak lagi.
11. Terdahulu, Dimash mengadakan konsert solonya pada 6 Mei lalu di Turkiye sebagai sebahagian siri jelajah dunia.