Laman Utama

Sudah 10 Tahun Kahwin, Ashanty Kata Anang Minta S*ks Setiap Hari?

Maliah Surip
25/07/2022
13:55 MYT
Sponsor Banner
Sudah 10 Tahun Kahwin, Ashanty Kata Anang Minta S*ks Setiap Hari?
Pasangan selebriti Anang Hermansyah dan isterinya, Ashanty menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan sebahagian pengguna media sosial apabila terlalu terbuka berkongsi tentang kisah rumah tangga mereka.
Hal rumah tangga yang disifatkan agak keterlaluan untuk dikongsi mereka adalah apabila Ashanty membahaskan mengenai kekerapan dia dan Anang melakukan hubungan seks. Ia menjadi konten dalam saluran YouTube milik keluarga ini.
Meski melakukan hubungan seks bagi suami isteri bukan haram, namun netizen beranggapan sebagai figura yang dikenali dan menjadi contoh banyak orang, Ashanty tak sepatutnya terlalu terbuka dan berkongsi mengenai ‘kisah kain dalam’ mereka.
“Tak malu ke urusan ranjang sebegini dibahas?”tanya seorang netizen.
Seorang yang lain pula meninggalkan komen: “Saya dan suami malu untuk membahaskan mengenai hubungan intim kami, apa lagi berkongsi dengan orang luar.”
Ashanty mendapat kritikan selepas dia menjawab pertanyaan netizen mengenai hubungan di ranjang bersama bapa Aurel itu menerusi video di saluran YouTube The Hermansyah A6 dalam sesi tanya jawab bersama Ashanty dan Anang Hermansyah.
“Mahu tanya lebih intim ya bun (Ashanty) seminggu berapa kali pipi (Anang) minta gituan (seks),” tanya seorang netizen seperti dilaporkan Viva.co.id.
Persoalan tersebut kemudian dijawab Ashanty dengan persetujuan Anang yang duduk di sebelahnya.
Dalam tawa Ashanty yang sudah menjadi isteri Anang sejak tahun 2012 menjawab: “Setiap hari”.
Kemudian penyanyi itu melanjutkan, setidaknya sebagai pasangan suami isteri mereka akan melakukannya minimal tiga hari dalam seminggu biarpun sang suami memintanya setiap hari.
“Seminggu pasti tiga hari lah minimal, cuma kalau ditanya mas Anang mintanya berapa, mintanya tiap hari,” akuinya.
Foto: Instagram: @ashanty_ash
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar