Hiburan

Sudah Lama Terputus Hubungan Dengan Syamsul, Yusof Haslam Enggan Komen Dakwaan Ira Kazar Hamil

Gempak
08/05/2024
06:50 MYT
Sponsor Banner
Sudah Lama Terputus Hubungan Dengan Syamsul, Yusof Haslam Enggan Komen Dakwaan Ira Kazar Hamil
Pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam enggan mengulas lanjut tentang dakwaan isteri anaknya Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar kini dikhabarkan sedang hamil.
Kata Yusof, 70, dia tidak mahu kenyataannya disalah tafsir dan menyinggung banyak pihak terutama isteri, Datin Fatimah Ismail dan anaknya.

“Saya tidak mahu komen mengenai itu. Saya tidak mahu memberi sebarang penjelasan kerana ada banyak hati yang perlu saya jaga.

“Saya tidak boleh memberi komen apa-apa kepada benda yang saya tidak tahu. Kami juga sudah lama terputus hubungan (tidak berkomunikasi).
“Ini adalah kali pertama saya mendengar berita ini. Satu keluarga juga tidak tahu mengenai perkara ini,” katanya kepada media tempatan.

BERITA TRENDING: Tetap Jaga Ukhuwah Dengan Keluarga Puteri Sarah, Yusof Haslam Tak Ambil Hati Syamsul Tak Pulang Beraya

Yusof Haslam rimas

Dalam pada itu, beliau turut mengakui berasa kurang senang apabila media sering bertanyakan perihal keluarga terutama tentang perkahwinan kedua anak sulungnya itu.
“Jujur saya katakan, saya rimas. Tetapi, sebagai selebriti, kita tidak boleh membelakangkan wartawan. Bagaimanapun, jawapan itu tetap ada batasnya.
“Jika ingin mendapatkan kesahihan berita itu, lebih baik bertanyakan kepada tuan punya badan.
“Sama ada saya atau isteri, kami tidak mengikuti akaun media sosial dia. Jadi kami tidak tahu. Disebabkan itu saya tidak boleh hendak memberi sebarang komen,” ujarnya.

Sayangkan Syamsul

Meskipun Syamsul sering dihimpit kontroversi, namun Yusof mengakui tetap menyayangi anaknya dan sentiasa memberi sokongan pada setiap karya yang dihasilkan olehnya.
“Saya tidak mahu beri penjelasan sebab saya tidak mahu ada salah faham. Saya tidak mahu ada pihak yang menyalah tafsir, Syamsul salah tafsir.
“Saya sayang anak-anak dan isteri saya juga sayang dengan anak-anak. Kadangkala media bertanya saya perlu menjawab jujur. Tetapi, itu bukan bermaksud kita merendahkan sesiapa.
“Sebagai orang tua saya sayang anak saya. Mustahil saya hendak merendah-rendahkan dia. Selepas ini filem baharunya akan keluar, The Original Gangster.
“Sebagai orang tua saya mendoakan dia berjaya. Tidak kira sama ada adik dia berjaya, dia pun berjaya. Masing-masing berjaya menghasilkan filem yang sukses.
“Meskipun bukan terbitan Skop Production, tetapi saya tetap memberi sokongan penuh kepada filem baharunya itu,” katanya.

BERITA TRENDING: Lama Menyepi, Ramai Tanya Ira Kazar - “Mana Next Resipi, Macam Lama Tak Ada Hello Everyone”

Difahamkan Yusof dan Syamsul sudah tidak bertemu empat mata sejak setahun lalu.
Terdahulu, heboh khabar angin mengatakan Ira kini sedang berbadan dua. Malah ada dakwaan mengatakan, pengarah popular itu mengalami alahan sepanjang tempoh kehamilan isterinya.
Bagaimanapun, usia kandungan Ira tidak diketahui.
Untuk info, Syamsul mendirikan rumah tangga dengan Ira Kazar yqng juga merupakan anak kepada aktor Kazar Saisi pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand.
Sebelum ini Syamsul pernah berkahwin dengan Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.
Bagaimanapun, mereka bercerai talak satu pada 14 Jun tahun lalu selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.
Sumber: Kosmo!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar