Laman Utama
Suhaimi Saad Meninggal Dunia, Mawi Doakan Ina Naim Tabah - "Alhamdulillah Kalau Ramai Bercerita Kebaikan Kita"
Penyampai radio ZAYAN, Mawi mendoakan Ina Naim agar diberikan kekuatan atas pemergian suaminya, Allahyarham Suhaimi Saad baru-baru ini.
BERITA TRENDING: Suhaimi Saad Meninggal Dunia
Kata Mawi, Ina dan anak-anaknya perlu tabah untuk berdepan dengan ujian tersebut.
"Saya sentiasa mendoakan semoga keluarganya dalam keadaan kuat. Kita hanya mampu berdoa tetapi yang memberi kekuatan adalah Allah SWT.
"Kita doakan juga semoga Allah SWT pilih dia (Mohd Suhaimi) sebagai kekasih-Nya," katanya menerusi video yang dimuat naik di Facebook pada Jumaat.
PILIHAN PEMBACA: Hajat Suhaimi Mahu Anak Sulung Mandikan Jenazahnya Termakbul - “Kami Semua Rapat Dengan...
Tambah Mawi, dia bersyukur masyarakat banyak bercakap tentang perkara baik yang dilakukan Allahyarham Mohd Suhaimi ketika hayatnya.
“Alhamdulillah kalau ramai bercerita kebaikan kita kerana ia satu petanda baik, yang takut kalau orang cakap tentang keburukan.
“Boleh jadi contoh dan inspirasi tapi janganlah buat baik sebab nak orang puji kita selepas mati, niat sudah lari. Sebenarnya buat baik ini biarlah ikhlas.
“Esok kita mati orang hendak cerita baik atau sebaliknya, terserah kepada ALLAH. Cuma yang masih ada peluang di dunia ALLAH bagi ini, banyak-banyaklah buat kebaikan. Kalau ada rezeki lebih, berkongsi dengan orang lain,” ujarnya.
PILIHAN PEMBACA: “Masa Arwah Hidup, Dia Pernah Cakap Nak Usianya Sampai 43 Tahun Sahaja” - Ina Naim Reda...
Mohd Suhaimi meninggal dunia pada jam 7.40 malam Rabu lalu di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI) akibat jangkitan kuman di paru-paru.
Untuk rekod, Mawi dan Ina pernah bertunang pada 10 Februari 2004, namun putus pada 10 Julai 2006 dan setahun selepas itu, Ina berkahwin dengan Allahyarham Mohd Suhaimi pada 12 Ogos 2007.