Laman Utama
Suhaimi Saad ‘Respect’ 779 Guru Tak Vaksin! – “Cikgu Bukan Orang Bodoh Macam Kebanyakan Netizen Lembu…”
Bekas penyanyi nasyid, Suhaimi Saad meluahkan rasa hormat terhadap 779 orang guru di negeri Johor yang menolak untuk menerima vaksin Covid-19.
Suhaimi atau Mosus di laman sosial Instagramnya telah memuat naik hantaran bertulis; hanya orang bodoh yang akan mematuhi peraturan bodoh.
Malah, menerusi ruangan kapsyen suami kepada Ina Naim ini turut mendoakan guru-guru tersebut dipermudahkan urusan mereka.
Daripada penulisan tersebut Suhaimi juga seolah-olah menggelarkan individu yang sudah mengambil vaksin sebagai lembu.
“Aku respek 779 cikgu-cikgu Johor tu. Semoga Allah bantu dan permudahkan urusan diorang.
“Cikgu bukan orang orang bodoh macam kebanyakan netizen lembu,” tulisnya.
Sebelum itu, Suhaimi telah memuat naik tangkap layar berita mengenai Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang mahu bertemu dengan 779 guru menolak vaksin.
“Uishh..ramai tu…Kalau cikgu 779 tolak, murid tak tahu la berapa pulak. Kenapa la cikgu-cikgu ni nak tolak benda yang halal, suci dan selamat eh.
“Musykil jugak,” katanya sinis sambil menyertakan tanda pagar #tolakvaksin.
Terdahulu media melaporkan seramai 779 guru di negeri Johor menolak untuk menerima vaksin Covid-19.
Turut dilaporkan guru-guru tersebut akan dipanggil Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) untuk diberikan penerangan mengenai kepentingan vaksin supaya golongan terbabit menerimanya.
Laporan berita tersebut turut mendapat perhatian TMJ, Tunku Ismail Ibrahim yang bertitah akan bertemu Pengarah Pendidikan Johor dan 779 guru menolak untuk menerima vaksin Covid-19, bagi mencari penyelesaian isu itu.
Tunku Ismail menerusi dua ciapan di akaun Twitter baginda bertitah, pertemuan itu akan diadakan dalam masa terdekat.
"Keutamaan kami adalah untuk mengatasi pandemik ini secepat mungkin supaya rakyat, negeri boleh kembali dan meneruskan kehidupan seperti biasa.
"Insya Allah kita boleh selesaikan masalah ini dengan cara berhemah," titah baginda dalam ciapan berkenaan.