Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Suhu Dah Turun, Lepak Atas Katil Je” - Aishah Syukur Hanya Demam, Ramai Doa Cepat Sembuh

Mya Amri 30/07/2021 | 08:50 MYT
Penyanyi Aishah bersyukur keadaan kesihatannya kini bertambah baik selepas mengalami demam beberapa hari lalu.
Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin berkongsi perkembangan itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Menurut Aishah, dia sedang berehat dan suhu badannya juga sudah kembali turun seperti biasa.
“Alhamdulillah sudah cuba buat ujian calit dengan rapid test kit, keputusannya negative COVID. Saya rasa demam dari salah makan kot, perut masih tak berapa stabil.
“Suhu dah turun cuma tak betul-betul normal lagi. Dua hari n jadi madam dekat rumah, lepak atas katil je hahahah jemaah semua kena bertugas
“Dalam merehatkan diri, serius sudah lama saya tidak dapat tidur yang cukup. Jenis tak boleh duduk diam lor mesti buat sesuatu.
“Akhirnya lepas dua hari saya dipaksa berehat. Duduk lepak tunggu game Lee Zii Jia vs.Cheng Long.
“Perut terasa lapar sangat sejak dari semalam makan sikit untuk lepaskan Panadol saja. Jadi saya akann menikmati sup cendawan bersama garlic sambil tengok perlawanan.
“Saya datang dari keluarga yang cukup gilakan badminton hinggakan depan rumah dulu pun ada gelanggang,” coretnya.

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan penyanyi bersuara merdu ini.
Sebelum ini, Aishah telah memuat naik beberapa posting yang menunjukkan keadaan suhu badannya yang turun naik.
#Aishah #Demam #Suhu Badan #Biasa #Test Kid COVID-19 #Wan Aishah Wan Ariffin
;